FAIZAL AF4 di PULAU ASMARA




Jikalau sebelum ini sudah kecoh di akhbar-akhbar mahupun blog-blog hiburan mengenai FAIZAL AF4 yang telah berkahwin secara senyap-senyap.Hari ini aku baru terperasan lagi citer pasal si FAIZAL nie.

Mulai 17 haribulan Disember lakonan filem beliau kini telah berada di pawagam untuk tayangan.Tajuk filem tu ialah PULAU ASMARA.Sedikit sinopsis filem tersebut :

Sebuah kisah tentang tiga pemuda TAUFIK,JEFRI dan SAM yang membuat keputusan untuk bercuti di sebuah pulau yang terkenal di MALAYSIA,Pulau Langkawi.Taufik seorang pemuda yang bersifat konservatif,dan Jefri yang terkenal dengan sifat playboy manakala Sam pula seorang yang suka melawak.

Ketiga-tiganya memiliki keperibadian yang berbeza namun tidak menghalang ikatan persahatan mereka.Percutian mereka dirancang dengan begitu sempurna dan segalanya berjalan dengan lancar.

Namun kesempurnaan percutian mereka berakhir , apabila takdir menemukan mereka dengan tiga gadis ,LINA ,AMY dan SOFIA.Bukan hanya dengan percutian,malah pertemuan mereka telah mengubah takdir kehidupan mereka selamanya.

Satu persatu konflik timbul antara mereka dan persoalan demi persoalan merungkai kepada pelbagai rahsia yang tidak pernah SAM,TAUFIK,JEFRI bayangkan akan terjadi dalam hidup mereka.

Mampukah mereka menghadapi takdir mereka dan mencari jalan keluar?Atau takdir apakah yang seterusnya menanti mereka di pulau tersebut.

Saksikan trailer filem PULAU ASMARA

Info lanjut : http://pulauasmara-themovie.com/



This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to FAIZAL AF4 di PULAU ASMARA

  1. zella says:

    xprnah pun org ckp2 psl cite ni sebelum ni kan??

  2. mario says:

    nasib baik..aku ingat berasmara di pulau tadi..
    mata kabur laa.haha

  3. anne says:

    wei cite ni agak best jgk la aku dh tonton..ada jalan citenya tak mengarut mcm setengah2 filem len..tak percaya g la tonton..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge