LACUR ISTERI di hotel murah




mainpix1 LACUR ISTERI di hotel murah
PELACUR melarikan diri ketika gambar mereka dirakam di hotel murah di sekitar Sibu.

Suami minum kopi di kedai berhampiran tunggu isteri habiskan ‘kerja’

SIBU: Ramai pelacur berusia bawah 30-an yang aktif di sekurang-kurangnya lima hotel murah di bandar ini adalah daripada isteri orang dan ibu kepada dua atau tiga anak.

Mereka dikatakan melacur kerana terpaksa dan dipaksa oleh suami masing-masing, berikutan tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap bagi menanggung keluarga, sejak berhijrah ke sini.

Masalah itu berlaku kerana si suami kebanyakannya tidak mempunyai kelayakan akademik dan kemahiran untuk mendapat pekerjaan bergaji tetap di sektor swasta terutama dalam sektor perkhidmatan di sekitar bandar ini.

Sikap malas melampau di kalangan suami, memaksa isteri mereka untuk terus melakukan kerja yang tidak bermoral itu bukan saja pada waktu siang malah malam.

Kebanyakan pelacur terbabit sudah mempunyai dua atau tiga orang anak dan memulakan kerja melayan nafsu serakah lelaki kaki perempuan bermula jam 9.30 pagi hingga lewat petang, sebelum pulang ke rumah untuk membersihkan diri bagi meneruskan tugas serupa pada sebelah malam.

mainpix2 LACUR ISTERI di hotel murah
Chali Lang, Pengawal keselamatan

Tinjauan Berita Harian ke bandar itu, baru-baru ini mendapati masalah itu memang berlaku seperti yang diceritakan oleh banyak pihak sebelum ini.

Pengawal keselamatan sebuah syarikat yang menjual pelbagai mesin dan barangan elektrik di bandar ini, Chali Lang, 53, berkata pelacur terbabit akan menanti pelanggan di dalam atau di tangga hotel murah terbabit sejurus pintu hotel murah itu dibuka pada jam 9 pagi hingga lewat petang.

“Pada waktu itu, kita akan melihat beberapa suami yang tidak bertanggungjawab menghantar isteri masing-masing yang berhias seperti remaja berusia 20-an ke hotel murah menggunakan motosikal.

“Kemudian si suami akan duduk minum kopi di kedai kopi berhampiran antara 30 minit hingga sejam untuk menunggu isteri turun dari hotel menghantar duit yang diperoleh selepas melayan lelaki hidung belang itu,” katanya yang sudah 16 tahun menjadi pengawal di situ.

Beliau yang berasal dari Serian, Kuching, berkata biasanya pelacur yang mempunyai wajah cantik dan potongan badan menarik serta mengiurkan cepat membawa turun duit yang diperoleh.

Katanya, selepas si isteri menyerahkan duit, suami akan naik semula hingga lewat petang atau terus pulang jika pendapatan lumayan.

“Masalah itu berlaku kerana si suami tidak mempunyai pekerjaan dan bergaji tetap disebabkan tidak memiliki sebarang kelulusan akademik dan kemahiran.

“Ada di antara mereka yang sebelum ini bekerja dengan syarikat pembalakan atau kilang papan di bahagian ini. Namun, mereka hilang pekerjaan apabila syarikat atau kilang mengurangkan jumlah pekerja ekoran kegawatan ekonomi dunia sejak dua tahun lalu,” katanya.

Chali berkata, si suami mungkin terpaksa meminta isteri mereka melacur kerana perlu membayar sewa rumah atau bilik yang didiami sejak berpindah ke bandar ini dari kampung atau rumah panjang.

Beliau berkata, kebanyakan mereka menyewa di rumah atau bilik tidak jauh dari pusat bandar ini.

Katanya, bayaran untuk setiap perkhidmatan RM30 dan daripada jumlah itu RM7 untuk bayaran sewa bilik hotel,” katanya.

Chali berkata, pada sebelah malam, pelacur bersuami itu akan dihantar menggunakan motosikal atau berjalan sendiri ke lokasi masing-masing berhampiran lima hotel murah terbabit mula jam 8 malam.

Pemandu teksi yang mahu dikenali sebagai Hii berusia 57 tahun berkata, pada sebelah malam pelacur berkenaan akan kelihatan berdiri di kaki lima hotel murah terbabit atau lorong berhampiran sambil menghisap rokok untuk menunggu pelanggan yang kebanyakan mereka yang datang ke bandar ini.

Beliau berkata, mereka berani berdiri di kaki lima dan bersusun di tangga hotel murah itu kerana keadaan agak gelap dan orang ramai di bandar itu sukar mengenali mereka.

Katanya, meskipun polis mengadakan serbuan bagi mencegah masalah pelacuran di bandar itu, kegiatan tidak bermoral itu masih berleluasa.

“Saya berharap semua pihak berkaitan di negeri ini termasuk ahli politik dapat mencari kaedah terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan segera dalam usaha membersih Sibu daripada dianggap sebagai lubuk maksiat,” katanya.

-bharian

This entry was posted in Berita Tergempar and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to LACUR ISTERI di hotel murah

  1. mario says:

    Dr Mashitah kata boleh melacur kalau darurat..sape nak jawab?
    tu la dia kalau belajar agama sebagai kosmetik je :D

  2. Sifu_Din says:

    Dia pun dok pakai gincu la ni. tudung pun dah terangkat…entahlah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge