Jenny sedia beraksi BOGEL

Jenny

jenny cortez Jenny sedia beraksi BOGEL

Aktres izinkan ambil gambar jika tidak dedah tubuh sepenuhnya

JAKARTA: Aktres Indonesia yang memegang watak utama dalam filem Air Terjun Pengantin, Jenny Cortez, (gambar) membantah beliau pernah melakukan foto ‘topless’ atau mendedahkan bahagian atas tubuhnya, namun pendatang baru itu mengaku tiada masalah jika perlu melakukannya dalam filem.

Pada masa sama, satu laman web melaporkan, walaupun beliau berani tampil mendedahkan dada, Jenny memberi syarat jika diminta melakukan adegan itu.

“Saya tiada masalah jika dirakamkan dari belakang. Kalau cuma separuh badan, saya berani, tetapi tidak mungkin untuk adegan bogel sepenuhnya,” tegas Jenny yang ditemui di Plaza FX, Senayan, Jakarta Selatan.

Sebagai pendatang baru, Jenny memberi komitmen penuh kepada peranannya dalam Air Terjun Pengantin. Bahkan Jenny tiada masalah mengulang adegan ciuman sebanyak lima kali, lapor laman web Detikcom.

“Bagi saya, aksi ciuman itu dilakukan secara profesional. Saya tidak kisah jika perlu melakukannya lima kali, kenapa tidak?” ujarnya selamba.

Sementara itu, dalam isu lain, gambar seksi Jenny dilaporkan menggegarkan dunia maya, menurut laporan.

Sepuluh gambarnya disiarkan dengan aksi berbeza. Lima daripadanya disifatkan keterlaluan kerana kemaluannya jelas kelihatan.

Tidak diketahui di mana pelakon yang juga model itu berada, sekalipun dilaporkan sudah ke luar negara.

Foto disiarkan itu dikhabarkan diambil daripada filem Air Terjun Pengantin yang dibintanginya. Ada pihak menuduh pakaian Jenny dalam filem itu terlalu menjolok mata.

Jenny memulakan kerjaya sebagai model majalah. Namanya melonjak pertengahan tahun ini, selepas rapat dengan Deddy Corbuzier.

Foto Jenny yang tersebar di internet menunjukkannya sedang memakai coli. Kebetulan foto itu tersiar ketika cubaan pertamanya mencipta nama dalam lakonan.

“Keluarga saya tiada masalah dengan foto seperti itu,” katanya. – Agensi

-bharian




This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Jenny sedia beraksi BOGEL

  1. samdaddycool says:

    Air terjun pengantin tu seram.. seram-seram sejuk gak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge