![]() PENGUAT kuasa MPSJ mengambil keterangan pekerja rumah urut yang ditahan di Taman Kinrara. |
Wanita beri alasan tumpang basuh pakaian di premis
PUCHONG: Tindakan seorang wanita bersembunyi di belakang pintu belum cukup untuk ‘menyelamatkan’ dirinya daripada dicekup pihak berkuasa yang menyerbu sebuah rumah urut di Taman Kinrara, Seksyen 1, di sini dipercayai turut menyediakan khidmat tidak bermoral kepada pelanggan.
Lebih teruk, wanita Muslim berusia 23 tahun itu turut cuba memperbodohkan pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan memberikan alasan dia menumpang premis itu kerana mahu membasuh pakaiannya ketika serbuan operasi cegah maksiat itu kelmarin.
Wanita itu dikesan bersembunyi di sebalik pintu di tingkat tiga premis itu, yang dipercayai dijadikan tempat tidur mereka.
Bagaimanapun, pemeriksaan dibuat mendapati wanita itu berbohong kerana tiada pakaian dibasuh di dalam bilik air premis berke-naan. Malah, cara wanita itu berpakaian tidak menunjukkan seperti baru keluar membasuh pakaian dari bilik air.
Dia antara enam wanita bekerja sebagai tukang urut yang dicekup dalam operasi dua jam bermula jam 6 petang. Operasi itu turut menahan lima pelanggan.
![]() |
| PEGAWAI Jais memeriksa kad pengenalan pekerja rumah urut. |
Jurucakap Jais berkata, pemeriksaan dilakukan pihaknya mendapati tingkat tiga premis itu dijadikan tempat tinggal tukang urut berkenaan yang berusia antara 23 hingga 32 tahun kerana ada enam bilik dipenuhi pakaian wanita.
“Dalam pemeriksaan awal, hanya lima pekerja wanita ditemui bersama lima lelaki yang dipercayai pelanggan di rumah urut itu, tetapi ketika membuat pemeriksaan lanjut pegawai penguat kuasa menemui wanita berusia 23 tahun itu berada di belakang pintu sebuah bilik bangunan itu dalam ketakutan.
“Daripada maklumat awal, wanita ini tinggal di premis urut ini selepas berhijrah daripada kampungnya di sebuah negeri Pantai Timur beberapa bulan lalu dan kita tidak menolak kemungkinan premis ini turut menjalankan kegiatan tidak bermoral yang bersembunyi di sebalik khidmat urut,” katanya.
Wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana berkhalwat.
![]() |
| PENGUAT kuasa MPSJ menyita tilam. |
Sementara itu, Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikhsan, berkata operasi dilakukan berdasarkan maklumat orang awam berhubung aktiviti kurang sihat pusat urut berkenaan.
Katanya, dalam operasi itu beliau dimaklumkan memang ada aktiviti kurang bermoral di rumah urut berkenaan yang memohon lesen pusat refleksologi dan beroperasi enam bulan lalu.
“Apa yang menyedihkan dua daripada enam pekerja pusat urut ini beragama Islam dan kita menyerahkan mereka kepada Jais untuk tindakan susulan.
“Kita mengambil tindakan terhadap premis ini mengikut Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Kesihatan MPSJ 2007 kerana menjalankan rawatan yang tidak dinyatakan dalam lesen sah yang jika didapati bersalah boleh dikenakan kompaun RM1,000,” katanya.
Beliau berkata, sejak Januari hingga Oktober lalu 27 premis rumah urut dan refleksologi dikenakan tindakan kerana menyalahi lesen yang diberikan.



hamikk…nyorok mane pun enko. kene gak cekup…hehe
Terima kasih untuk blog yang menarik
sama-sama…. datang la slalu yea…. daily updated….