Seks bebas dibanteras
- Ratusan pesakit jumpa bomoh cilik (1.000)
- Budak BUTA boleh lihat semula (1.000)
- JANTUNG dipotong tumbuh semula (1.000)
- Terkejut jumpa KERETA paling MAHAL di dunia (1.000)
- IKAN melompat-lompat dengar BUNYI GETARAN (1.000)
TEHERAN: Polis moral Iran menahan sedozen pasangan yang melakukan seks bebas, termasuk bertukar pasangan suka sama suka.
Akhbar Jomhuri Eslami melaporkan, suspek melakukannya melalui laman web Iran Multiplication yang mempromosi seks bebas.
Selain bertukar-tukar pasangan, mereka turut didakwa melakukan seks beramai-ramai.
Mereka yang ditahan dilapor memiliki ijazah dan juga bekerja di agensi kerajaan dan sudah memiliki anak.
Akhbar itu bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mereka yang ditahan atau tarikh mereka ditahan
Jika disabit kesalahan, mereka berkemungkinan besar akan dihukum rejam hingga mati.
Laporan sebegini bagaimanapun amat jarang berlaku di Iran.
Mac lalu, kepimpinan Pengawal Revolusi Iran mengumumkan operasi terhadap beberapa kumpulan yang beroperasi melalui laman web anti-Islam dan lucah.
Selepas itu, Pengawal Revolusi mengumumkan berjaya melumpuhkan beberapa rangkaian anti-Islam, anti-revolusi dan laman web lucah diurus penduduk tempatan.
Selain itu, mereka yang didakwa pemuja setan turut menjadi sasaran operasi itu. - AFP
-hmetro







