|
D’ADDARIO, wanita yang dikaitkan terlibat dalam skandal dengan Perdana Menteri Itali, Berlusconi (gambar kecil) ketika menghadiri Festival Filem Venice baru-baru ini. |
ROME: Wanita yang mendakwa tidur dengan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, menyifatkan pemimpin itu menyimpan gundik di kediaman rasminya di sini, dalam pendedahan buku Patrizia D’Addario yang bertajuk Prime Minister, Take Your Pleasure (Ikut suka kamu, Perdana Menteri), hari ini.
D’Addario berkata, pemimpin berusia 73 tahun itu memakai pakaian tidur sutera putih selepas memintanya tidur bersama selepas satu majlis makan di kediaman Berlusconi, lapor akhbar The Telegraph, semalam.
Katanya lagi, dia seolah-olah memasuki sebuah bilik wanita simpanan apabila memasuki majlis bersama 20 model muda remaja lain bersaing mendapatkan perhatian Berlusconi, menyifatkan pemimpin itu sebagai ‘satu-satunya lelaki dalam bilik yang berhak untuk berjimak.’
“Wanita lain yang tiba termasuk sepasang lesbian. Selepas 10 minit, Berlusconi sampai dan mencium mereka. Saya memerhatikan saja dan menganggap kami seperti gundik. Wanita muda berebut untuk duduk di sebelahnya,” katanya lagi. – Agensi
-bharian
Punya pasal dekat awaklah PM itali.bila tanya tak mengaku.