Kisah hitam Cheryl

du 08.1 Kisah hitam Cheryl

CHERYL



LONDON – Penyanyi popular, Cheryl Cole mungkin memiliki kemasyhuran dan kekayaan tetapi di sebalik kejayaan, Cheryl sebenarnya lahir daripada sebuah keluarga bermasalah, lapor sebuah akhbar semalam.

Kerjaya Cheryl, 25, mula bersinar selepas menyertai kumpulan Girls Aloud tetapi nasib yang menimpa abang, Andrew dan kakaknya, Gillian jauh berbeza.

Gillian, 29, yang tinggal di sebuah sebuah rumah teres di Heaton, Newcastle sering dihadapkan ke mahkamah atas beberapa kesalahan bergaduh di tempat awam.

Andrew, 28, pula seorang kaki botol dan ketagih menghidu gam dan dia juga pernah dihadapkan ke mahkamah lebih 50 kali atas beberapa kesalahan.

Dia yang pernah dipenjara selama beberapa tahun sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat ini kerana dituduh membuat gangguan dengan menggunakan kenderaan.

Beberapa jiran di sebuah kawasan kediaman di Heaton di mana Cheryl dibesarkan memberitahu bahawa bandar itu merupakan kawasan pengedaran dadah utama.

Seorang wanita, Margaret Ross, 59, yang pernah berjiran dengan keluarga Cheryl berkata, dia mengenali penyanyi itu sejak kecil lagi.

“Cheryl seorang gadis yang baik tetapi saya tidak pernah berjumpa dengannya sejak dia pergi ke London untuk mengejar cita-citanya,” kata Ross. – Agensi

-kosmo




Leave a comment

Your comment

CommentLuv Enabled