Pengunjung Putrajaya mual AKSI PANAS pasangan kekasih

mainpix1 Pengunjung Putrajaya mual AKSI PANAS pasangan kekasih
PASANGAN memadu asmara di Jambatan Putra (gambar kiri) dan berhampiran Masjid Putra (gambar kanan) di Putrajaya.

PUTRAJAYA: Pengunjung dan penduduk sekitar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, di sini, kesal kawasan pusat kerajaan itu menjadi lokasi pelbagai perbuatan sumbang pasangan kekasih dan mahu tindakan tegas diambil menangani perkara itu.

Seorang pengunjung, Mohd Faizal Abdullah, berkata perkara terbabit tidak sepatutnya berlaku kerana Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan dan terkenal dengan jolokan bandar selamat.

“Saya berharap pihak berwajib wajar mengambil tindakan lebih berkesan termasuk meningkatkan rondaan, menempatkan anggota penguat kuasa berpakaian biasa dan mengenakan kompaun serta-merta kepada pasangan yang berkelakuan kurang sopan di khalayak ramai,” katanya.

Seorang kakitangan kerajaan yang enggan dikenali pula berkata, kegiatan maksiat terbabit bukan satu perkara baru, namun ia semakin berleluasa kerana kurang kesedaran di kalangan pasangan berkenaan.

Beliau yang bertugas di sebuah agensi penguatkuasa di Putrajaya berkata, dia juga pernah beberapa kali terserempak dengan pasangan kekasih berkelakuan sumbang dalam kereta di lokasi sunyi.

“Pernah sekali ada pasangan kekasih yang sanggup lari dengan kereta dalam keadaan separuh bogel selepas mereka menyedari kehadiran anggota penguatkuasa di kawasan terbabit.

“Masalahnya, sekarang hanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mempunyai kuasa menahan pasangan yang melakukan maksiat di sini, manakala anggota penguatkuasa Perbadanan Putrajaya hanya boleh memberi amaran kerana tiada kuasa berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman, ketika ditemui berkata, pihaknya sudah mengarahkan anggota penguatkuasanya untuk memantau dan memberi amaran kepada pasangan yang berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Beliau berkata, Perbadanan Putrajaya juga bersedia bekerjasama dengan Jakim dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan operasi besar-besaran bagi menangani masalah itu.

-bharian




This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge