Penari bogel minta maaf kepada Fergie
- Kanye obses PAYU DARA (1.000)
- Ronaldo buat jiran marah-marah (1.000)
- AKSI LUCAH Scarlett dan Gisele (1.000)
- Kecoh Gerrard dengan PONDAN (1.000)
- Cyrus ditawar PLAYBOY (1.000)
WASHINGTON: Penari bogel, Nicole Forrester yang dilapor menjalin hubungan sulit dan melakukan hubungan seks dengan pelakon filem Transformers, Josh Duhamel, meminta maaf kepada isteri aktor berkenaan, Fergie.
“Saya mohon maaf. Saya sangka tiada siapa akan mengetahui dan tidak akan melukakan hati mana-mana pihak,” katanya yang dipetik majalah People.
Penari itu berkata, anggota keluarga beliau termasuk dua orang anaknya turut terjejas dan terpaksa menanggung malu berikutan pendedahan media.
“Anak lelaki saya pergi bermain bola sepak kelmarin kemudian kembali ke rumah dan memandang saya sambil berkata: “Perbuatan ibu sungguh menjijikkan. Saya tidak sangka mak tergamak melakukan hubungan seks dengannya,” kata Nicole memetik kata anaknya.
Nicole yang berusia 36 tahun juga mengambil keputusan untuk berhenti daripada menjadi penari bogel.
“Saya mahu berhenti daripada menjadi penari bogel demi anak saya. Mereka yang meminta agar saya bersara serta-merta,” katanya.
Nicole, bagaimanapun, turut percaya bahawa beliau tidak fikir apa yang berlaku antaranya dengan Duhamel menjejaskan kehidupan Fergie yang baru mendirikan rumah tangga dengan aktor berkenaan Januari lalu.
“Fergie sentiasa mempertahankan suaminya dan ini jelas membuktikan saya tidak merosakkan rumah tangga mereka,” katanya.
Ketika ditanya mengenai hubungan seksnya dengan Duhamel, Nicole dengan nada berseloroh berkata, ia ‘bukan yang paling hebat’ pernah dinikmatinya.
Sejak laporan mengenai hubungan itu disiarkan, Duhamel menafikan sekeras-kerasnya ia berlaku. Aktor itu kini sibuk menjalani pembikinan filem Life as we know it. - Agensi
-bharian







