Aksi berahi di Teluk Cempedak
- About (1.000)
- Gadis kuruskan badan untuk SEKS (1.000)
- Pelajar universiti di Manila berBOGEL tanda protes (1.000)
- Salahkan orang lain bila GEMUK (1.000)
- Pencuri BOGEL dalam bar (1.000)
![]() PASANGAN yang ditahan Jaip untuk pemeriksaan di Teluk Cempedak. |
Remaja bergaul bebas terutama malam minggu
KUANTAN: Pasangan muda tanpa segan silu berpelukan dan bercumbuan di atas pasir memutih pantai Teluk Cempedak, di sini dan aktiviti berkenaan seakan perkara biasa bagi mereka tanpa mempedulikan mata masyarakat yang memerhati tingkah laku mereka.
Setiap malam minggu, sepanjang pantai itu dipenuhi muda mudi yang melepak seolah-olah tiada tempat untuk dituju dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan seperti menjadi lumrah bagi mereka.
Berikutan gejala sosial yang terus membimbangkan, satu operasi dilakukan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di sepanjang pantai berkenaan awal pagi semalam.
Lebih 10 pasangan Melayu berusia lingkungan 19 hingga 25 tahun ditahan dalam operasi diadakan bermula jam 12 tengah malam semalam hingga 4 pagi.
Ketika pemeriksaan dilakukan, kebanyakan mereka memberi alasan hanya duduk berbual sambil melihat keindahan laut di pantai berkenaan.
Kehadiran pegawai penguat kuasa Jaip mengejutkan mereka, termasuk seorang pelajar wanita yang bertudung berpelukan bersama pasangannya serta pelajar lelaki yang mengaku sedang belajar di sebuah kolej swasta di sini, sedang berdakapan dengan pasangan wanitanya.
Ketika ditanya pegawai penguat kuasa sama ada sudah berkahwin, kedua-duanya menggelengkan kepala dan memberikan alasan hanya beriadah di pantai terbabit.
Malah pasangan berkenaan merayu supaya tidak ditangkap penguat kuasa kerana bimbang perkara terbabit diketahui keluarga.
Selain itu, ada satu pasangan remaja lain yang diperiksa dengan berani mempertahankan perbuatannya dan bertikam lidah dengan penguat kuasa dengan mempersoal mengapa mereka ditahan sedangkan banyak lagi pasangan yang bercumbu serta berpelukan.
“Saya hanya letak tangan saja di bahu pasangan, salahkah?… kenapa tidak ditahan pasangan lain yang lebih berat tindakan mereka,” katanya yang nyata tidak berpuas hati dengan tindakan penguat kuasa yang memeriksanya.
Ketua Penguat Kuasa Jaip, Ahmad Raffli Abdul Malik, berkata operasi diadakan berikutan aduan berterusan masyarakat mengenai gejala sosial remaja di pantai ini terutama pada waktu malam.
“Pasangan yang ditahan diberikan notis hadir ke Jaip untuk siasatan dan akan didenda sekiranya didapati bersalah.
“Operasi juga akan diteruskan dari semasa ke semasa dan bukan saja ditumpukan di pantai ini sebaliknya di kawasan lain termasuk taman perumahan atau rumah sewa yang sering menjadi tumpuan golongan muda,” katanya.
-bharian








