Dipenjara tiga tahun kerana SEKS dengan kuda

CONWAY (Carolina Selatan): Seorang lelaki yang dirakam ketika mengadakan seks dengan seekor kuda dikenakan hukuman penjara tiga tahun selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu dua kali dalam masa dua tahun.

Rodell Vereen juga diarah supaya tidak mendekati kandang kuda tempat dia ditangkap melakukan perbuatan itu.

“Saya meminta maaf terhadap perbuatan saya,” katanya di mahkamah.

Dia ditangkap Jun lalu oleh pemilik kuda terbabit, Barbara Kenley.

Barbara, dalam kenyataannya berkata, dia mengesyaki sesuatu berlaku pada kudanya apabila haiwan itu bertindak ganjil dan dijangkiti kuman.

Ia bukan kali pertama dia menangkap Vereen.

Pada penghujung 2007, Barbara menemui Vereen tertidur di kandang kudanya selepas lelaki itu mengadakan seks dengan haiwan itu. – AP

-hmetro




This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge