Kejutan anak bos F1



LONDON - Anak perempuan bos perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Bernie Ecclestone iaitu Tamara (gambar) berbogel untuk kempen sebuah pertubuhan hak-hak haiwan, PETA, lapor sebuah akhbar semalam.

Pewaris aset berbilion-bilion dolar milik Ecclestone itu hanya melilit tubuhnya dengan sehelai bendera bercorak petak-petak tanpa menghiraukan perbuatan itu boleh menjejaskan reputasi bapanya.

Tamara, 24, ialah selebriti keempat beraksi tanpa seurat benang selepas model Naomi Campbell, aktres Eva Mendes dan Pamela Anderson berbuat demikian bagi memerangi kekejaman haiwan.

“Saya seronok menyaksikan pertunjukan fesyen dan gembira melihat koleksi pakaian terkini yang hebat tetapi saya tidak faham kenapa bulu haiwan dianggap sebagai fesyen.

“Saya berpendapat membunuh haiwan semata-semata kerana kecantikan adalah perbuatan kejam,” katanya.

Tamara tinggal di sebuah kediaman mewah di London yang dibiayai bapanya namun dia mendakwa dibesarkan seperti gadis lain tanpa layanan istimewa.

“Jet peribadi kami tidak dilengkapi tandas dan ibu saya menghantar saya ke sekolah dengan menggunakan kereta Audi,” jelasnya. - Agensi

-kosmo