Gadis JUAL MAHAL
- About (1.000)
- Gadis kuruskan badan untuk SEKS (1.000)
- Pelajar universiti di Manila berBOGEL tanda protes (1.000)
- Salahkan orang lain bila GEMUK (1.000)
- Pencuri BOGEL dalam bar (1.000)
![]() |
Penyampai radio Flyfm, Hafiz Mohd Hatim kongsi tip pikat gadis sukar didekati…
1. Cuba senyum padanya
Usah malu-malu menyatakan kita suka kepadanya. Pergi saja kepadanya dan berterus terang. Andai gadis itu sudah berpunya, apa salahnya menjadi kawan?
2. Gunakan kawan
Mungkin sukar mendekati wanita yang belum dikenali. Bagi mengelak rasa gugup, inilah masanya kita menggunakan rakan sebagai ‘orang tengah’ mendekatkan kita kepadanya.
3. Buat kejutan
Wanita sukakan kejutan. Tidak kiralah mahal atau murah, pemberian ikhlas mampu menawan hati wanita. Apa kata, lakukan sesuatu seperti gubahan daripada bahan kitar semula atau kuntuman bunga daripada penyedut minuman… Ini tentu mengujakan si dia!
4. Tunjuk bakat
Terdesak menarik perhatian si gadis, tidak salah anda menari atau melakukan apa saja yang boleh membezakan anda dengan mana-mana lelaki. Mungkin cara itu menampakkan diri kita yang selamba dan ‘gila-gila’!
5. Gunakan pengaruh
Cara terakhir, andai semua cara tidak boleh ‘mencairkan’ hati wanita… Jika sayalah, sudah tentu saya tidak teragak-agak meluahkannya di corong radio! (tergelak)
-bharian








