Wanita terencat akal diROGOL bapa sendiri

MELAKA: Harapkan pagar, pagar makan padi. Begitulah nasib menimpa seorang wanita orang kurang upaya (OKU) apabila menjadi mangsa nafsu serakah bapa kandungnya sendiri.

Mangsa berusia 36 tahun dari Tebong, Alor Gajah, dekat sini, yang terencat akal dan baru kematian ibunya awal tahun ini mendakwa dirogol bapanya berusia 64 tahun yang juga bekerja kampung.

Difahamkan, mangsa menetap bersama ibu angkatnya yang tinggal berhampiran dan kejadian berkenaan hanya disedari ahli keluarganya selepas melihat perubahan diri wanita terbabit lalu membuat laporan di Balai Polis Tebong untuk siasatan, kelmarin.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mazlan Mansor, berkata berdasarkan maklumat diterima, sepasukan anggota polis yang melakukan pemeriksaan menahan suspek di rumahnya bagi membantu siasatan, pagi semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa mendakwa dirogol dua kali oleh bapa kandungnya, bagaimanapun dia juga mengalami masalah untuk mengingati kejadian terbabit.

“Suspek kini ditahan reman hingga 2 November depan untuk membantu siasatan dan kes berkenaan akan disiasat secara menyeluruh,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan R Gunarajan.

Mangsa dihantar ke Hos pital Melaka (HM) untuk pemeriksaan kesihatan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 82 peratus kes rogol dilaporkan di negeri ini pada tahun ini sehingga kelmarin membabitkan orang yang dikenali dengan 70 peratus daripadanya teman lelaki kepada mangsa.

Menurutnya, daripada jumlah itu, lima kes rogol dilaporkan membabitkan bapa kandung, abang kandung (tiga kes) dan satu kes dilakukan teman lelaki ibu.

Lebih membimbangkan, katanya, seramai 62 mangsa rogol yang dilaporkan dari awal tahun hingga kelmarin terdiri daripada kalangan pelajar sekolah berusia antara 13 hingga 17 tahun, berbanding pada tahun lalu hanya 60 kes.

“Keadaan ini dipercayai berlaku selepas mangsa bawah umur terbabit bimbang kegiatan mereka diketahui ibu bapa lalu mendakwa menjadi mangsa rogol selepas didesak membuat laporan polis,” katanya.

“Bagaimanapun, kebanyakan kes rogol terbabit berjaya diselesaikan kerana mereka kenal suspek berkenaan dan ia dipercayai semakin menular disebabkan pergaulan bebas di kalangan remaja tanpa batasan,” katanya.

-hmetro




This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge