Dannii berbogel untuk bayar hutang

LONDON: Juri rancangan X-Factor, Dannii Minogue semalam mengaku dia berbogel untuk majalah Playboy pada 1995 untuk menjelaskan hutangnya.

Bintang itu berhutang £150,000 (RM854,000) dan tidak mampu melangsaikannya selepas rumah tangga yang dikongsi bersama pelakon, Julian McMahon, runtuh.

Penyanyi itu enggan meminta bantuan kakaknya, superstar, Kylie.

Dannii mengambil keputusan yang bertentangan dengan nasihat ibu bapanya dan mendedahkan tubuhnya untuk majalah Playboy edisi Australia.

“Ibu bapa saya melarang saya berbuat demikian. Bapa saya berkata, ‘Jika anda teruskan, anda tidak akan dapat berpatah balik selama-lamanya.’

“Kylie tahu mengapa saya melakukannya.

“Saya boleh meminjam daripadanya tetapi itu bukan cara saya.

“Saya tidak mahu mengaku masalah yang saya hadapi. Saya sepatutnya yang menguruskan masalah kewangan saya sendiri,” katanya.

Walaupun tidak diizinkan ibu bapanya, Dannii berkata, dia tidak menyesal berbuat demikian tetapi masih enggan mendedahkan jumlah wang yang diperolehnya.

“Saya tidak akan nyatakan jumlah yang saya terima. Saya tidak menyesal melakukannya tetapi saya berasa lega kerana orang ramai tahu mengapa saya berbuat demikian.

“Edisi berkenaan mencatat jualan tertinggi hingga terpaksa diulang cetak,” kata selebriti warga Australia itu. – Agensi




This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge