Remaja tak mengaku ROGOL kekasih bawah umur
- Ratusan pesakit jumpa bomoh cilik (1.000)
- Budak BUTA boleh lihat semula (1.000)
- JANTUNG dipotong tumbuh semula (1.000)
- Terkejut jumpa KERETA paling MAHAL di dunia (1.000)
- IKAN melompat-lompat dengar BUNYI GETARAN (1.000)
SHAH ALAM: Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol teman wanitanya berumur 15 tahun bulan lalu.
Tertuduh, Muhammad Arif Rustam Effendi, 19, seorang penganggur dari Hulu Selangor membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan selepas mengangguk faham berhubung pertuduhan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol remaja berumur 15 tahun di sebuah rumah di Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor, pada jam 3 pagi, September lalu.
Muhammad Arif didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebat.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Zuraida Wan Nawan tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh kerana dia melakukan kesalahan serius.
Muhammad Arif meminta dia dibenarkan ikat jamin dan dikenakan jaminan yang minimum.
Justeru, Hakim Wan Norisham Wan Yaakob menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Disember depan sebutan semula.
-hmetro







