JUAL DIRI untuk tiket besbol

WASHINGTON: Polis semalam mendakwa seorang wanita berusia 43 tahun atas tuduhan melacur selepas dia menawar khidmat seks sebagai tukaran untuk tiket perlawanan besbol Siri Dunia.

Susan Finkelstein dari Philadelphia ditangkap selepas polis menjawab iklan yang disiarkannya menerusi laman Craigslist, kata Jabatan Polis pada laman webnya.

Susan, dalam iklannya menyifatkan dirinya sebagai ‘wanita berambut perang yang terdesak’ untuk mendapatkan tiket bagi perlawanan antara pasukan bandar kelahirannya, Philadelphia Phillies dengan New York Yankees.

Iklan itu berbunyi: “Peminat setia Phillies – wanita bertubuh tegap, tinggi dan berbuah dada besar – terdesak untuk mendapatkan dua tiket Siri Dunia.

“Harga boleh dirunding – saya jenis yang kreatif. Kita mungkin boleh tolong satu sama lain!” – AFP

-hmetro




Leave a comment

Your comment

CommentLuv Enabled