Padah idam ‘PUCUK MUDA’

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas sanggup datang dari Singapura bagi bertemu kekasih hatinya buat kali pertama, malangnya dalam pertemuan di sebuah bilik hotel itu, dia disamun teman wanitanya itu membabitkan kerugian lebih RM2,000, malam kelmarin.

Difahamkan suspek yang juga gadis berusia 23 tahun itu menggoda mangsa yang berusia 56 tahun untuk menyewa bilik hotel di Jalan Pudu, Cheras sebelum digunakan untuk memperdaya mangsa.

Sumber polis berkata, mangsa yang juga warga Singapura sebelum ini datang melancong ke ibu kota dengan tujuan untuk berjumpa dengan ‘buah hatinya’ yang dikenali sejak dua tahun lalu menerusi telefon.

Mangsa dikatakan menyewa sebuah bilik hotel sebelum mengajak gadis ikut datang ke bilik berkenaan jam 8 malam bagi bersua muka buat kali pertama.

Ketika itulah, gadis itu dikatakan melayan mangsa berbual panjang hingga menyebabkan mangsa tidak mengesyaki niat sebenar gadis terbabit.

Menurutnya, selepas berborak lebih 30 minit, mangsa kemudian membuka pakaian sebelum menyatakan hasrat mahu mandi sebelum berjalan masuk ke dalam tandas.

“Difahamkan gadis terbabit yang berpura-pura berehat sambil menonton televisyen mengambil kesempatan terbabit untuk menggeledah barang dan bagasi milik mangsa sebelum melarikan diri.

“Mangsa yang selesai mandi terkejut apabila mendapati gadis berkenaan sudah tiada. Lebih memeranjatkan apabila wang miliknya berjumlah $1,000 (RM2,200) yang disimpan di dalam laci lesap,” katanya.

Susulan kejadian itu, mangsa yang sakit hati selepas diperdaya segera membuat laporan polis selain memberikan butiran maklumat berhubung gadis yang dikenalinya itu.

“Hasil daripada maklumat yang disalurkan berkenaan polis segera melakukan siasatan sebelum berjaya mengenal pasti identiti dan lokasi gadis terbabit berada.

“Berikutan itu beberapa anggota polis dihantar sebelum memberkas gadis berkenaan yang dikesan berada di Jalan Ampang kira-kira jam 12.30 malam,” katanya.

Susulan itu, suspek dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Siasatan mendapati gadis yang diberkas itu berasal dari China.

Sementara itu, dalam satu lagi kes berasingan, seorang pelancong warga Indonesia mengalami detik mencemaskan selepas dipasung lima penjenayah jalanan yang berniat merompaknya.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa, seorang pelajar berusia 24 tahun, dikatakan sedang berjalan bersendirian melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock untuk makan tengah hari.

Bagaimanapun, sebaik melalui hadapan sebuah kedai kasut, mangsa ditahan sekumpulan lima lelaki berusia 20 hingga 30 tahun.

Dalam keadaan terpinga-pinga, dua daripada kumpulan lelaki itu tunduk sebelum memegang kedua-dua belah kaki mangsa menyebabkan mangsa cuba meronta membebaskan diri.

Pada masa sama, dua lagi lelaki memegang pula kedua-dua tangannya menyebabkan mangsa tidak dapat bergerak.

Ketika itu, seorang lagi lelaki menyeluk poket seluar mangsa sebelum merampas wang tunai RM3,000 yang disimpan di dalam poket seluar berkenaan.

-hmetro




This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge