‘Saya tidak lakukan suntikan’

du 08.1 Saya tidak lakukan suntikan

KIM KARDASHIAN memberi tiga pos istimewa kepada media di Los Angeles baru-baru ini.


LOS ANGELES – Selebriti, Kim Kardashian berang dengan gosip liar yang menuduh kejelitaannya tidak tulen seperti hasil pembedahan plastik, lapor sebuah akhbar semalam.

Berikutan itu, Kardashian bertindak mempamerkan gambar ketika dia berumur 14 tahun di dalam laman webnya bagi membuktikan bahawa kejelitaannya adalah semula jadi.

Model yang terkenal dalam siri realiti Keeping Up with the Kardashians itu mempamerkan gambar tersebut sebagai menjawab pertanyaan para peminatnya.

Kebanyakan mereka sebelum ini menyangka bahawa Kardashian melakukan pembedahan pembesaran payu dara dan menyuntik bibir bagaimanapun, dia menyangkal dakwaan tersebut.

“Saya tidak pernah melakukan pembedahan plastik! Secara peribadi, menyuntik bibir adalah perkara yang tidak akan saya lakukan walaupun saya tidak mempunyai bibir menggiurkan.

“Saya memiliki payu dara bersaiz C sejak saya berumur 11 tahun,” katanya.

Kardashian, 28, turut berkata, segala khabar angin mengenai suntikan punggung juga adalah tidak benar.

“Saya tidak melakukan suntikan tersebut tetapi orang ramai seperti tidak mahu mempercayainya.

“Saya juga tidak selesa dengan hidung saya dan mereka turut menyangka saya melakukan pembedahan hidung. Hidung saya sama seperti ketika saya masih kecil,” katanya.

Populariti Kardashian dilaporkan terus memuncak selepas satu video lucahnya bersama seorang penyanyi, Ray J bocor.

Dia kemudiannya mengambil tindakan undang-undang untuk memiliki hak terhadap rakaman tersebut bagaimanapun, Kardashian menggugurkan dakwaan berkenaan. – Agensi

-kosmo




This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge