CARACAS: Presiden Venezuela Hugo Chavez menggesa rakyatnya menghentikan hobi menyanyi di bilik air dan menggunakan masa tiga minit saja untuk mandi bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air dan tenaga elektrik yang teruk di negara itu.
Venezuela pernah beberapa kali menghadapi masalah bekalan elektrik terputus yang serius sejak beberapa tahun kebela-kangan ini berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Masalah itu juga dikatakan berpunca daripada penyusutan paras air di empangan hidroelektrik yang menjana sumber tenaganya apabila Venezuela dilanda kemarau.
“Ramai orang suka menyanyi dan berada lama di dalam bilik air, kadangkala hingga setengah jam. Apa yang mereka buat dengan duduk lama di bilik air? Saya sudah membuat kiraan, tiga minit sudah mencukupi untuk mandi.
“Jika anda berendam di dalam tab mandi dengan sabun memenuhi tubuh anda, bayangkan berapa banyak air yang akan digunakan. Orang yang sentia-sa sibuk seperti kita tiada masa untuk berendam dalam tab mandi,” katanya dalam mesyuarat Kabinet yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan disambut gelak ketawa menteri.
Pada mesyuarat itu, Cha-vez turut mengumumkan beberapa langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air dan tenaga elektrik, termasuk menubuhkan sebuah kementerian khas. ? Agensi
-bharian