Jutawan Arab langgan budak Britain

LONDON: Polis menumpaskan sindiket menjual budak sekolah – sesetengahnya baru berusia 12 tahun – kepada jutawan Arab untuk ditiduri pada harga sehingga RM276,680 satu malam.

Sumber polis berkata, dalam sesetengah kes, ibu bapa memaksa anak mereka menjadi pelacur sebelum mangsa dijual kepada jutawan negara asing.

Semalam, pasukan polis antipelacuran Britain menahan tiga wanita dan seorang lelaki dari Manchester selepas mereka menawarkan enam wanita berusia di antara 14 dan 23 tahun untuk ditiduri.

Perbuatan mereka itu dirakam secara rahsia di sebuah hotel mewah di West London.

Polis juga mendapat pengakuan daripada mereka bahawa budak perempuan boleh dibekalkan jika ada permintaan pelanggan.

Menurut sumber, suspek adalah penganggur dan mendapat bantuan kerajaan.

“Mereka juga mempunyai rangkaian ke Newcastle dan Liverpool,” katanya.

Menurut sumber terbabit, sindiket berkenaan amat tamak dan mementingkan wang semata-mata.

Justeru, katanya, jika ada pelanggan sanggup membayar sehingga RM276,680, mereka bersedia membekalkan gadis sunti seawal usia 12 tahun.

“Siasatan masih diteruskan dan ada kemungkinan tangkapan lain akan dibuat,” katanya.

Perdagangan seks di kalangan kanak-kanak tempatan sangat jarang dikesan di Britain kerana kebiasaannya, ia hanya membabitkan wanita dari Eropah Timur, Asia Timur dan Afrika. – Agensi




This entry was posted in Berita Tergempar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge