Khidmat teksi mewah merah jambu elak GANGGUAN SEKSUAL

 Khidmat teksi mewah merah jambu elak GANGGUAN SEKSUAL
LIDIA HERNANDEZ antara pemandu teksi wanita merah jambu dibandar Puebla, Mexico.

Pengusaha di Mexico meluat penumpang lelaki suka aniaya wanita

BANDAR RAYA MEXICO: Seorang pengusaha di Mexico memperkenalkan perkhidmatan teksi khusus untuk wanita yang sudah meluat dengan perangai penumpang lelaki yang sering memotong barisan untuk merebut teksi.

Teksi mewah merah jambu itu dilengkapi kit kecantikan, dengan sistem Penentu Arah Global (GPS) dan butang kecemasan.

Malah, semua barisan baru 35 teksi di bandar koloni Mexico, Puebla itu dipandu secara eksklusif oleh wanita dan tidak berhenti untuk mengambil penumpang lelaki.

“Sesetengah wanita yang berada di dalamnya memberitahu kami bagaimana penumpang lelaki memotong barisan dan cuba mengurat mereka selain perbuatan tidak senonoh lain,” kata pemandu teksi Aida Santos, yang memandu satu daripada teksi kompak empat pintu dengan peralatan pengesan dan butang kecemasan yang memaklumkan perkhidmatan kecemasan.

“Dalam Teksi Merah Jambu mereka tidak berasa takut lagi dan lebih selesa,” kata Aida Santos

Aktivis hak asasi wanita terkejut dengan bentuk fizikal kereta itu dan berkata perkhidmatan terbabit tidak menyelesaikan punca masalah gangguan seksual.

“Kita berada pada abad ke-21 dan mereka mengatakan wanita terus bimbang dengan kecantikan dan tiada lain selain itu,” kata Vianeth Rojas, dari Rangkaian Hak Seksual dan Reproduktif di Puebla.

“Pengenal perkhidmatan ini sudah tentu tidak berupaya membantu menghapuskan keganasan terhadap wanita.”

Di Puebla, syarikat yang dibiayai secara swasta Pink Taxi de Puebla melabur 5.8 juta peso (RM1.48 juta) untuk memulakan perkhidmatan itu dan kerajaan Puebla meluluskan lesen dan latihan.

Jika program itu berjaya, pihak berkuasa merancang meluaskannya ke bandar lain. Teksi wanita saja sebelum ini sudah memberi khidmat di Moscow dan Dubai.

Di Puebla, syarikat yang dibiayai secara swasta Pink Taxi de Puebla melabur 5.8 juta peso (RM1.48 juta) untuk memulakan perkhidmatan itu dan kerajaan Puebla meluluskan lesen dan latihan.

Jika program itu berjaya, pihak berkuasa merancang meluaskannya ke bandar lain. – AP

-bharian




This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge