Sikap ANAK ULAMA didedah
- Ratusan pesakit jumpa bomoh cilik (1.000)
- Budak BUTA boleh lihat semula (1.000)
- JANTUNG dipotong tumbuh semula (1.000)
- Terkejut jumpa KERETA paling MAHAL di dunia (1.000)
- IKAN melompat-lompat dengar BUNYI GETARAN (1.000)
![]() |
|
|
LONDON - Tunang kepada anak perempuan ulama terkenal Britain, Omar Bakri, Youssef Slassi yang kini sudah berpisah mendedahkan sikap sebenar wanita berkenaan yang sebelum ini terlindung daripada pandangan masyarakat, lapor sebuah akhbar semalam.
Youssef berkata, ketika mula-mula mengenali anak Omar, Yasmin (gambar), 27, di sebuah parti di selatan London pada Mei lepas, dia yang banyak mengeluarkan wang untuk meneruskan hubungan mereka.
“Saya ditimpa masalah kewangan kerana hubungan kami dan kami tidak dapat keluar makan malam selalu. Namun dia menjadi bosan kerana lelaki-lelaki lain akan menelefon dan mengajak dia keluar,” kata Youssef.
Katanya, ketika itu dia bimbang Yasmin yang bekerja sebagai penari separuh bogel itu akan terpikat dengan lelaki lain.
“Yasmin memberitahu saya dia pernah ditawarkan wang oleh lelaki-lelaki kaya untuk keluar bersama mereka tetapi dia menolak,” tambahnya.
Menurut pemuda yang bekerja sebagai pemasang televisyen satelit itu, dia terkejut kerana Yasmin mengajaknya melakukan hubungan seks selepas mereka baru berkenalan.
“Dia juga gemar meraung ketika berada di bilik tidur,” jelas Youssef.
Sebelum ini kisah Yasmin menjadi penari separuh bogel didedahkan oleh beberapa akhbar di mana dia terpaksa mendapatkan perlindungan polis selepas menerima ancaman bunuh daripada golongan pelampau di Britain.
Ancaman itu diterima berikutan penyiaran kisah dia menjadi penari bogel sedangkan bapanya adalah seorang ulama terkenal yang kini menetap di Beirut. - Agensi
-arkibkosmo








