Mak Nik tinkan RENDANG TOK

- Penggunaan mesin tidak hilangkan keenakan masakan tradisi

ru 03.1 Mak Nik tinkan RENDANG TOK

SUATU ketika, masakan rendang tok mendapat namanya kerana pernah menjadi santapan istimewa kerabat diraja.


HIDANGAN rendang begitu sinonim dengan selera kebanyakan orang Melayu selain dijadikan masakan istimewa pada hari raya.

Ramuan masakan tradisional itu terdiri daripada daging menggunakan campuran rempah ratus dan herba.

Makan bersama ketupat, lemang atau nasi putih sudah cukup membuatkan peminatnya menjilat jari kepuasan.

Rendang tok dikatakan berasal dari negeri Perak. Ia merupakan menu wajib bagi penduduk negeri itu pada pagi Aidilfitri. Antara yang menjadi sebutan ialah rendang tok Mak Nik.

Bermodalkan RM37, rendang tok Mak Nik kini menembusi kebanyakan bandar-bandar utama di negara ini serta pasaran antarabangsa seperti Brunei, Dubai, benua Eropah serta Amerika Syarikat.

Pengasasnya, Nafisah Yeop Abdullah atau mesra dengan panggilan Mak Nik bukan sahaja popular kerana rendang tok malah suara ‘emasnya’ sering ke udara di Radio 3, Ipoh dalam rancangan berbentuk petua masakan.

ru 03.2 Mak Nik tinkan RENDANG TOK



Berusia 73 tahun, beliau terus bertekad memberikan idea terbaik dalam mengembangkan lagi perniagaan miliknya, syarikat Mahligai Kencana Sdn. Bhd. yang beroperasi dari Lahad, Ipoh, Perak.

Mak Nik bersyukur kerana dalam usia itu beliau masih dapat memberikan nasihat kepada anak-anak yang kini mengambil alih teraju utama perusahaan rendang tok.

Wanita ini mempunyai kisah unik bagaimana melibatkan diri dengan perniagaan ini.

Kira-kira 30 tahun lalu, Mak Nik bersama suaminya Muhammad Pandak Hussien, 78, menjual ayam dan daging segar di pasar namun tidak menguntungkan.

“Ayam tidak laku dan perniagaan semakin merosot tetapi saya tidak putus asa. Balik ke rumah, ayam-ayam itu dijadikan serunding ayam. Bila dijual ramai yang datang membeli dan ini mendorong Mak Nik menambah barangan lain.

“Timbul idea Mak Nik untuk menjual rendang tok kerana tiada orang yang menjualnya ketika itu. Bermodalkan RM37, Mak Nik sediakan tiga periuk rendang tok.

ru 03.3 Mak Nik tinkan RENDANG TOK

BERMULA daripada perniagaan daging 30 tahun lalu, Mak Nik kini berbangga dengan produk rendang tok keluarannya.



“Kebetulan pihak kerajaan baru memperkenalkan pasar tani pada tahun 1985. Mak Nik antara orang pertama yang menyertainya di sekitar Ipoh,” katanya.

Pada hari pertama berniaga rendang tok beliau habis dijual. Sejak itu, beliau berazam untuk menjadikan ciptaannya itu terkenal.

Kini beliau mempunyai kilang mencecah harga jutaan ringgit yang mengeluarkan 1,500 kilogram rendang tok seminggu menggunakan teknologi moden dan mesin besar untuk proses memasak dan mengetin.

ru 03.4 Mak Nik tinkan RENDANG TOK



Walaupun kini hampir 90 peratus kerja-kerja menyediakan rendang tok menggunakan teknologi moden, namun beliau amat menitikberatkan soal kualiti dan kebersihan.

“Mak Nik pastikan resipi asli yang diwarisi sejak turun temurun digunakan. Kebetulan nenek Mak Nik dahulu merupakan tukang masak diraja Perak, Alang Muthub Habib Noh yang memang pakar menyediakan masakan rendang tok.

“Mengikut sejarah, rendang tok dianggap paling istimewa kerana dahulu ia hanya dihidangkan di istana untuk santapan diraja. Sebab itu ia digelar rendang tok kerana ‘tok’ adalah gelaran untuk orang-orang kenamaan,” ujarnya.

Kegigihan Mak Nik kini berbaloi dan beliau gembira kerana generasi kedua iaitu anaknya mengambil alih teraju syarikatnya.

“Nor Habibi, 50, Mariah, 49, Nortan Kamal, 47, Mahani, 45, Maimun, 42, Sofea 40, Shaiful 37, dan Mimi Rozita, 34, akan menyambung perniagaan ini ke peringkat yang lebih tinggi yang pernah Mak Nik impikan sebelum ini,” katanya.




This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge