AKTRES LUCAH tetap ke Jakarta

du 03.1 AKTRES LUCAH tetap ke Jakarta

SEORANG lelaki melihat gambar-gambar Ozawa di sebuah kafe Internet di Jakarta semalam.


du 03.2 AKTRES LUCAH tetap ke Jakarta

OZAWA



JAKARTA – Syarikat filem Maxima Productions menyatakan pelakon lucah terkenal dari Jepun, Maria Ozawa akan tiba di Jakarta mengikut jadual bagi menjalani penggambaran sebuah filem di sini walaupun Majlis Ulama Indonesia (MUI) membantah kedatangan aktres berkenaan.

Ozawa yang lebih popular dengan panggilan Miyabi akan berlakon dalam sebuah filem komedi, Menculik Miyabi di Jakarta pada bulan depan.

Pengarah Urusan Maxima Production, Adi Sudiadi berkata, pihaknya akan meneruskan rancangan untuk membawa Ozawa ke Jakarta untuk berlakon filem itu.

“Kami memberi jaminan bahawa Miyabi tidak akan berlakon dalam sebuah filem lucah di sini.

“Miyabi amat terkenal di Indonesia. Kami menjangkakan bahawa dia mampu menarik kehadiran ramai penonton,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi MUI, Amidhan menyelar keputusan memilih Ozawa untuk berlakon dalam filem itu.

“Walaupun, ia bukan merupakan filem lucah, kedatangannya (Ozawa) amat berbahaya kepada generasi muda terutamanya jika mereka menjadi peminat pelakon lucah itu dan seterusnya mahu menonton filem lakonannya,” kata Amidhan. – AFP




This entry was posted in Berita Tergempar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge