
ELAKA – Bagi orang lain, untuk bermotosikal mengelilingi Semenanjung Malaysia dengan hanya berbekalkan RM70.57 mungkin mustahil, tetapi tidak buat Matt Nazree Hassan.
Pengarang majalah berumur 41 tahun itu, tiba di Melaka semalam bersama isterinya, Norhayati Mat Nor, 35, sebelum menuju ke destinasi terakhir di Johor.
“Saya memulakan perjalanan pada 1 Julai lalu di Gombak, Selangor sebelum ke negeri-negeri pantai timur dan utara Semenanjung,” katanya ketika ditemui di hadapan bangunan Stadthuys, di sini.
Ketika ditanya tujuan ekspedisi itu dan mengapa hanya membawa RM70.57 sebagai bekalan beliau berkata, ia bagi menyempurnakan hajat arwah bapanya yang ingin menjelajah negara sekitar 1950-an.
“Tentang RM70.57 pula, ia adalah sempena nombor pendaftaran motosikal yang saya gunakan.
“Memang banyak cabaran ditempuhi kerana hanya membawa wang terhad namun kami syukur ramai yang menghulurkan bantuan ikhlas,” ujarnya.
Jelas Matt Nazree, beliau dan isteri akan berkhemah di kawasan rekreasi dan memasak sendiri makanan mereka bagi mengurangkan perbelanjaan.
“Pernah juga kami kehabisan minyak dan ketika itu duit hanya tinggal 20 sen saja. Mujur ada orang yang sudi bantu,” katanya.
Pun begitu, beliau menjelaskan bahawa sumbangan lima sen, 57 sen, 70 sen, RM5.70 atau RM7 sahaja diterimanya.
“Sekiranya mereka memberi lebih (sumbangan wang), saya akan simpan lebihan itu dan akan dermakannya kepada rumah anak-anak yatim,” ujarnya.
-arkibkosmo
Hebat. Tapi dengan RM70.57 sememangnya amat mustahil untuk dilaksanakan. Baru2 ni, saya membelanjakan RM169.00++ untuk minyak sahaja.
Yea…. kos minyak petrol skang memang semakin meningkat…..
memang hebat… sy pun berangan-angan jgk nak jelajah semenanjung dengan motorsikal.
bagus tue… semoga impian akan tercapai… nanti boleh la inform saya kalau nak share citer