Nafsu ayah LUAR TABII

KANGAR: Terkutuk dan keji. Itu gambaran yang boleh diberikan kepada seorang duda muda yang berpisah dengan isteri sejak lebih setahun lalu apabila sanggup menjadikan anak perempuan sendiri yang berusia 10 tahun sebagai tempat melempias nafsunya.

Bapa berusia 28 tahun yang berkerja tukang paip dari Kampung Sentua, Utan Aji, dekat sini, dikatakan meliwat budak perempuan terbabit di rumah mereka sejak setahun lalu.

Lebih malang, perbuatan terkutuk bapa terhadap anak sulung daripada dua beradik itu yang sepatutnya menjadi pelindung turut diketahui adik lelaki suspek berusia 14 tahun iaitu bapa saudara mangsa yang turut mengambil kesempatan melakukan perbuatan sama dengan meliwat mangsa.

Dua beradik itu disyaki meliwat pelajar perempuan tahun empat itu sejak setahun lalu sebelum kegiatan mereka terbongkar dan diketahui ibu kepada kedua-dua suspek itu.

Berdasarkan maklumat, kegiatan keji dua beradik itu terbongkar berikutan pendedahan dibuat mangsa kepada seorang guru di sekolahnya yang melihat perubahan dirinya.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Yusof Mohd Diah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu yang dibuat nenek mangsa berusia 60 tahun yang menetap bersama dua suspek di Kampung Sentua.

Katanya, kedua-dua suspek itu kini ditahan sejurus polis menerima laporan daripada seorang pengadu iaitu ibu suspek berhubung perbuatan seks luar tabii terhadap cucunya, malam kelmarin.

“Buat masa sekarang, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

“Jika sabit kesalahan, kedua-dua suspek itu boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan,” katanya di sini, semalam.

-arkib hmetro




Comments (7)

ntahla..October 31st, 2009 at 10:07 AM

Eloknye bapak camni tembak je bg mampos, x pun potong abis 'tut' dia tu….krg ajor btul…

ntahla..October 31st, 2009 at 10:24 AM

kasi pancung je ayah camtu….lharam jadah….

Kelab MalaysiaNovember 5th, 2009 at 9:36 PM

diaorang ni kena kasi gantung sampai putus ni

nonameJanuary 25th, 2010 at 8:56 PM

bodoh punyer jantan camtu!! bagi mati suda!

species1980January 25th, 2010 at 11:03 PM

Memang lelaki tue dah hilang akal kan….

ibuMarch 15th, 2010 at 7:45 AM

potong je trs biar x hdp2.padan muka

species1980March 15th, 2010 at 2:51 PM

potong…. jangan tak potong…..

Leave a comment

Your comment

CommentLuv Enabled