Nilai tradisi membawa dodol Pak Itam ke enam negara

DODOL merupakan antara kuih tradisional yang paling digemari pada Hari Raya Aidilfitri selain ketupat dan rendang.
Keunikan rasa manisnya sukar dilupakan. Kini dodol sebagai buah tangan bagi tetamu majlis perkahwinan sudah menjadi satu trend.
Namun proses pembuatan dodol bukan mudah. Banyak masa diperlukan untuk menghasilkannya dan pasti memenatkan.
Menurut seorang pembuat dodol, Abdul Hakim Musa, 69, beliau mendapat tempahan sehingga 600 kilogram dodol setiap kali musim Hari Raya Aidilfitri.
“Saya masih menggunakan cara tradisional untuk mengekalkan keaslian serta kualiti dodol ini walaupun terdapat pelbagai kaedah baru untuk menghasilkannya,
“Sukatan bahan dibuat mengikut pengalaman dan tidak menggunakan mesin.
“Beras pulut dikisar, manakala tepung pulut yang dicampur gula enau dikacau selama enam jam agar ia benar-benar sebati,” katanya yang sudah 28 tahun terlibat dalam perniagaan ini.
![]() |
|
PENGGUNAAN mesin pengisar memudahkan Sarimah membuat dodol
pada skala besar. |
Menetap di Kampung Ismail, Seremban, Negeri Sembilan, setiap kali mengacau dodol, Abu Hakim yang mesra dipanggil Pak Itam, akan mengajak ahli keluarga untuk menyertai aktiviti itu.
Menariknya dodol Pak Itam bukan sahaja mendapat tempat di kalangan masyarakat tempatan malah dipasarkan ke Singapura, Jepun, Arab Saudi, Britain, Amerika Syarikat dan Kanada.
Bagi pesanan luar negara, Pak Itam akan menghantar sendiri dodol berkenaan ke Singapura manakala bagi pasaran yang lebih jauh, beliau menggunakan khidmat pos serta kenalannya yang tinggal di negara-negara terbabit sebagai pengedar.
Dodol Pak Itam turut menjadi salah satu juadah wajib bagi keluarga Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman dan beberapa keluarga kenamaan lain.
![]() |
|
|
Bagi Sarimah Jantan, 45, bekas seorang guru tadika, beliau sudah empat tahun menjual dodol.
Dibantu tujuh orang pekerja, Sarimah membuat dodol di kilang bersebelahan rumahnya di Sungai Kandis, Seksyen 36, Shah Alam.
Keistimewaan dodol Sarimah terletak pada pembungkusannya yang menarik serta kepelbagaian perisa dodol ciptaannya. Kreativiti itulah yang melayakkan beliau menjadi pemenang kategori dodol Hari Penternak dan Peladang Peringkat Kebangsaan 2007.
“Selain rasa yang sedap, pembungkusan yang cantik akan menarik perhatian pembeli. Dodol saya dibungkus seperti kotak coklat jenama terkenal dan dipotong segi tiga kecil,
“Pembeli boleh memilih sendiri perisa dodol kegemaran seperti durian, nangka, labu, pandan, asli dan almond london,” katanya yang memulakan perniagaan bermodalkan RM3,000 di samping mesin pengisar, ketuhar dan peralatan memasak.
Dodol Sarimah bukan untuk juadah hari raya sahaja malah laris untuk majlis perkahwinan dan majlis rasmi. Harganya ialah RM8 untuk 300 gram.
![]() |
|
|
Setiap hari wanita ini menggunakan enam hingga sembilan kawah untuk memasak dodol. Ia mengambil masa hingga lapan jam untuk masak dan dikacau menggunakan mesin pengisar.
“Setiap kawah boleh menghasilkan 25 kg dodol. Saya menyasarkan untuk mendapat tempahan melebihi 1,000 kilogram untuk Aidilfitri tahun ini,” katanya.
Menurut Sarimah, dodol yang dimasak akan diuji rasa hingga berkali-kali sebelum dihantar kepada pelanggan. Ini bagi memastikan hanya produk terbaik yang dijual.
“Pernah tukang masak terkenal, Chef Liza Zainol, merasanya. Dia kata jika tidak sedap, dia akan membuangnya. Syukur dia memuji dodol saya,” imbau Sarimah sambil tersenyum.
-kosmo



Salam Puan Sarimah, saya Puan Rozni Harun dari Penang, seorang surirumah. Saya baru menceburi bidang buat dodol ni bulan puasa lepas. Buat jual. Tapi malangnya dodol tu tak tahan lama, selepas empat hari dah berkulat. Saya ingin menjadikan penjualan dodol ni sebagai kerjaya saya. Kalau boleh saya ingin dapatkan no. contact Puan agar boleh saya contact Puan direct. Terima kasih Rozni harun 604-6444636 Email: roznih@yahoo.com
puan : saya adalah lelaki…. dan blog nie saya share pasal artikel saje tak jual apa2x pun….