NEW YORK – Seorang profesor kesusasteraan, Jay Ladin mencetuskan suasana gawat di Universiti Yeshiva, New York dengan tampil sebagai wanita setelah dua tahun meninggalkan pusat pengajian tinggi, lapor sebuah akhbar semalam.
Ladin yang berumur 47 tahun muncul dengan gincu merah jambu, baju ketat dan skirt hitam pada minggu lalu dengan penuh bergaya di mana beliau merupakan ketua di pusat penulisan.
Pihak universiti dan Ladin enggan mengulas mengenai situasi tersebut tetapi sejumlah penganut agama Yahudi menyatakan perasaan terkejut kerana ‘wanita’ tersebut masih berada di universiti.
“Dia bukan wanita. Ladin ialah lelaki yang mempunyai payu dada besar. Dia menunjukkan perbuatan tidak bermoral. “Undang-undang Yahudi tidak membenarkan pembedahan seks,” kata seorang dekan kanan, Moshe Tendler.
Bagaimanapun, Ladin enggan mengulas mengenai kenyataan Tendler tetapi menyatakan beliau tidak mempunyai kebebasan untuk membincangkan perkara tersebut.
Beberapa sumber yang enggan nama mereka disiarkan menyatakan kepulangan Ladin ke universiti itu dilakukan berikutan mengikut arahan undang-undang.
Isteri Ladin mengemukakan permohonan cerai serta hak penjagaan tiga anak mereka selain berpindah daripada rumah mereka di Amherst, Massachusetts, kata beberapa rakannya. – Agensi
-kosmo