Mampu sewa rumah, bayar bil

- Pengemis di ibu kota mampu meraih pendapatan RM100 sehari

ne 05.1 Mampu sewa rumah, bayar bil

WARTAWAN Kosmo! menemu bual pengemis warga asing di ibu kota.


logo news bongkar Mampu sewa rumah, bayar bil

KUALA LUMPUR – “Dengan pendapatan ini (hasil mengemis) saya mampu menyewa sebuah flat di Ampang dengan kadar RM400 sebulan, membeli keperluan harian, bayar bil-bil dan mengirim sebanyak RM100 sebulan untuk keluarga saya di Myanmar.”

Begitulah pengakuan seorang wanita Rohingya, Roslah (bukan nama sebenar), 26, yang menjadi pengemis kerana ingin menambah pendapatan keluarga yang tidak putus dirundung malang sejak tiga tahun lalu.

Menurut Zainab, secara purata pendapatan yang diperoleh dalam sehari boleh mencecah antara RM50 dan RM100 sehari, dengan tempoh ‘bekerja’ lima hingga enam hari seminggu.

“Bukan saya seorang yang membuat kerja-kerja sebegini, ramai yang melakukannya dan kerja ini cukup mudah, tak perlu kotorkan badan, cuma pegang cawan hulur pada orang,” katanya yang mengakui pernah ditahan beberapa kali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tambah beliau, kerjanya itu cukup berbaloi tidak seperti dahulu semasa menjual buku-buku agama dengan pendapatan yang tidak seberapa.

“Saya jadi pengemis setelah berjumpa dengan seorang rakan yang sedang mengemis di sebuah masjid di ibu negara.

“Melihat keadaan itu, terdetik di dalam hati saya untuk turut melakukan kerja mengemis kerana dengan mudah boleh memperoleh pendapatan sehingga RM100 sehari,” katanya.

Ujarnya, dia sering keluar awal pagi bersama tiga orang anaknya untuk mengemis di beberapa lokasi seperti di Masjid Negara, Pudu Raya, Kota Raya dan beberapa pusat beli-belah utama yang sering menjadi tumpuan warga kota tanpa pengetahuan suaminya.

“Lama-kelamaan suami saya dapat tahu, mula-mula dia memang marah tetapi mengenangkan kami perlu pendapatan lebih untuk menampung tiga orang anak, akhirnya dia bersetuju saya mengemis.

“Selalunya kami tidak statik pada satu-satu lokasi sahaja, selepas dua atau tiga jam saya akan pergi ke lokasi lain pula dengan menaiki bas atau teksi, kadang-kadang berlanjutan sampai malam,” ujarnya.

-kosmo




This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Mampu sewa rumah, bayar bil

  1. shahrul says:

    Kita dh x boleh bg derma kat pengemis ni. Pengemis boleh dapat pendapatan lebih dr kita. Klu di biarkan, akan bertambah pengemis2 ni. Kita dh byr zakat, byr cukai, biar kerajaan je yg kenal pasti org2 susah yg patut di dermakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge