Dolfin ajar anak jalan GUNA EKOR

du 03.1 Dolfin ajar anak jalan GUNA EKOR

KEMAHIRAN berenang sambil berdiri dipelajari anak dolfin secara spontan semasa kecil.



ADELAIDE – Tingkah laku aneh termasuk berjalan menggunakan hujung ekor di kalangan dolfin rupa-rupanya hasil pembelajaran mamalia air itu sesama ahli kumpulan mereka.

Penemuan itu hasil pemantauan sepasukan saintis Persatuan Pemuliharaan Dolfin dan Paus Australia ke atas sekumpulan lumba-lumba liar yang mendiami perairan pantai selatan di sini.

Mulanya penyelidik berpendapat dolfin itu meniru aksi mamalia jinak tersebut yang dipelihara di dalam sangkar tetapi mendapati ia lebih kepada budaya spesies berkenaan sendiri.

“Teknik berjalan tegak di atas ekor diajar oleh dolfin tua kepada anak-anak secara spontan tanpa sebarang latihan formal,” kata saintis Mike Bossley. – Agensi

-kosmo

This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge