Implan PAYUDARA bantu polis cam mangsa

NEW YORK: Identiti seorang bekas model playboy yang mayatnya ditemui dalam keadaan begitu teruk hanya boleh dicam menerusi nombor siri pada implan buah dadanya.

Sehubungan itu, polis menawarkan hadiah AS$25,000 (RM87,500) kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat hingga tertangkapnya Ryan Alexander Jenkins, berhubungt kematian bekas isterinya, Jasmine Fiore.

Jenkins, jutawan dan penganjur satu rancangan realiti televisyen, menghilangkan diri selepas mayat Jasmine ditemui Sabtu lalu, tanpa jari dan gigi, dalam beg pakaian di dalam tong sampah berhampiran Los Angeles.

Jurucakap pejabat pendakwa raya di Orange County berkata, ini bukan kali pertama pihaknya menggunakan nombor siri implan buah dada untuk menjejaki mengecam mangsa.

Implan payudara mempunyai nombor siri untuk tujuan rujukan semula. – AP

-hmetro

This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge