David Copperfield dituduh cuba PERKOSA MODEL

SEATTLE: Seorang wanita semalam menyaman David Copperfield dengan mendakwa ahli silap mata itu melakukan serangan seksual dan mengancamnya ketika menjadi tetamunya di pulau persendiriannya di Bahamas.

Peguam Copperfield, Angelo Calfo dan Patty Eakes menafikan tuduhan itu dan menyifatkan saman itu sebagai pemerasan untuk mendapatkat wang secara mudah.

Akhbar Seattle Times melaporkan, wanita itu adalah model fesyen berusia 22 tahun dan juga bekas peserta Ratu Washington USA.

Dia mendakwa bertemu Copperfield pada Januari 2007 ketika ahli silap mata itu membuat persembahan di Kennewick dan Copperfield mempelawanya melawat pulau persendiriannya.

Menurut akhbar terbabit, saman itu difailkan pada 29 Julai lalu di Mahkamah Persekutuan Detroit.

Copperfield, 52, terkenal kerana silap matanya, termasuk berjalan menembusi Tembok Besar China dan menghilangkan Patung Liberty. – AP

-hmetro




This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge