Ceroboh asrama siswi RINDU KEKASIH

GEORGETOWN: Gara-gara mahu bertemu kekasih hati untuk melepaskan rindu, seorang lelaki warga asing ditahan pengawal keselamatan selepas disyaki menceroboh masuk ke asrama perempuan, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 27 tahun dari Singapura itu ditahan pengawal keselamatan kira-kira jam 8 pagi selepas kelibatnya disedari berlegar-legar di kawasan asrama seawal jam 6 pagi dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid, berkata suspek ketika ditahan berpakaian lengkap dan hasil pemeriksaan awal mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Beliau berkata, suspek dipercayai mempunyai teman wanita yang tinggal di asrama berkenaan serta datang untuk bertemu kekasih hatinya.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu rakyat Singapura dan bekerja di sebuah syarikat perunding di Batu Uban dan dipercayai menyelinap masuk antara jam 6 hingga 8 pagi sebelum dicekup.

“Polis masih meneruskan siasatan lanjut untuk mengetahui punca suspek masuk ke asrama perempuan sama ada untuk bertemu teman wanitanya ataupun sebaliknya,” katanya.

-HMETRO




This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge