Godam guna GAMBAR BOGEL

NEW YORK: Penggodam didakwa menggunakan gambar bogel bintang filem Twilight, Ashley Greene untuk menggodam komputer yang menjadi sasaran mereka.

Awal minggu ini, aktres jelita 22 tahun itu yang melakonkan watak Alice Cullen mengancam menyaman sesiapa sahaja yang mengedarkan gambar bogelnya itu di Internet.

Gambar itu yang mendedahkan bahagian depan tubuhnya mula diedar pagi semalam dan peguam bintang itu memberi amaran kepada semua laman web, termasuk PerezHilton.com supaya tidak menyiarkannya.

Bagaimanapun, penggodam kini mengeksploit peminatnya dengan menyenaraikan pelbagai pautan palsu mendakwa pengguna akan disambungkan terus ke gambar itu.

Firma keselamatan Internet, Sophos memberi amaran supaya pengguna Internet berhati-hati supaya tidak menyambungkan komputer mereka kepada pautan itu.

“Mereka boleh mencuri data peribadi, perbankan dan menyebarkan virus.

“Jika anda peminat setia Ashley, tontonlah filemnya. Jangan cari gambar bogelnya di Internet,” kata jurucakap Sophos, Graham Cluley. – Agensi

-bharian




This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge