Artis seksi LELONG DIRI untuk kebajikan

du 05.1 Artis seksi LELONG DIRI untuk kebajikan



LONDON – Bintang muda, Audrina Patridge (gambar) melelong dirinya sendiri dengan peluang keemasan untuk pembida berkenalan lebih lanjut dengannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakan Patridge itu bagi memeriahkan lagi anugerah muzik MTV kerana pemenang tersebut bakal menemaninya ke majlis yang akan diadakan pada bulan depan.

Hasil bidaan berkenaan akan disumbangkan kepada CharityFolks.com bagi tujuan amal.

Selain berpeluang menghadiri majlis MTV, pembida bertuah juga akan berjalan di karpet merah bersama Patridge termasuk bersiaran langsung untuk satu acara khas di Standard Hotel, Los Angeles.

Sehingga kini bidaan sudah mencecah AS$$4,000 (RM13,362) dan tarikh akhir mengemukakan bidaan adalah pada Khamis ini.

Patridge, 22, merupakan personaliti televisyen siri realiti The Hills yang diterbitkan MTV sejak 2006. – Agensi

-arkibkosmo




This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge