Beyonce dedah PETUA JAGA PINGGUL

WASHINGTON: Penyanyi seksi R&B, Beyonce Knowles mendedahkan rahsia mengekalkan bentuk pinggulnya yang memang menarik, iaitu dengan selalu memanjat tangga.

Penyanyi Halo berkenaan mengakui, walaupun dilahirkan dengan bentuk pinggul yang menarik, beliau berusaha mengekalkannya dengan berulang kali turun naik tangga.

“Saya rasa pinggul saya adalah semula jadi, tetapi saya juga melalui seperti mana yang dialami setiap wanita. Saya kelihatan melengkung, tetapi ada kala tidak di tempat yang sepatutnya,” katanya yang dipetik contactmusic.

“Menaiki tangga adalah paling baik untuk kecantikan pinggul. Setiap Januari saya akan lakukannya dan akan membuatnya selama tiga bulan dan kemudian berhentinya sekejap,” kata penyanyi yang berasal dari Houston, Texas itu.

Cuma, biarpun berbangga dengan bentuk badannya yang menarik itu, penyanyi berusia 27 tahun berkenaan tidak suka disenaraikan sebagai antara wanita paling seksi di dunia kerana beliau percaya bahawa kecantikan adalah bergantung kepada pandangan setiap orang sendiri.

“Ada orang berpendapat satu perkara itu cantik tetapi yang lain berasakan sebaliknya. Apabila orang kata bahawa saya adalah wanita paling cantik atau paling seksi, itu mengganggu fikiran saya.

-bharian





This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge