Tahan lelaki HOMOSEKS
JEDDAH: Suruhanjaya Mempromosi Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran menahan seorang lelaki tempatan di Al-Bawadi kerana didakwa melakukan hubungan homoseks. dan menyiarkan tindakan itu di Internet.
“Pemuda itu memujuk remaja dan melakukan tindakan tidak bermoral. Beliau turut merakamkan tindakan itu dan memuat turun rakaman itu di Internet.
“Sudah dua tahun kami memburunya dan hanya berjaya melakukannya baru-baru ini,” kata jurucakap suruhanjaya, Salem Al-Sarawani. – Agensi
-bharian






