Penoreh getah diCABUL jiran

Wanita tendang kemaluan warga emas untuk lepaskan diri

KUALA TERENGGANU: Walaupun sudah berusia 51 tahun, seorang janda beranak sembilan yang berjalan berseorangan untuk menoreh getah di Kampung Wakaf Tapai, Marang, masih tidak terlepas daripada menjadi mangsa cabul seorang lelaki warga emas yang juga jirannya, pagi kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa berjalan seorang diri di lorong sunyi menuju ke kebun getah sebelum terserempak dengan jirannya yang berusia 61 tahun.

Beliau berkata, suspek didakwa memeluk mangsa sambil mencium dan meramas buah dada mangsa di tempat kejadian.

Mohd Fauzi berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Bukit Perapit, Ajil, Hulu Terengganu menendang kemaluan suspek untuk melepaskan diri.

“Tindakan agresif mangsa menyebabkan suspek melepaskan pelukan dan mangsa mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri ke arah sebuah kedai berhampiran bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Mohd Fauzi berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Wakaf Tapai mengenai kejadian itu pada jam 7.30 malam.

Katanya, polis menahan suspek di rumahnya di Kampung Bukit Perapit, kira-kira jam 9.45 malam mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.

-bharian





This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge