LAWRENCEVILLE (Gwinnett): Seorang wanita berusia 28 tahun ditahan polis kerana menguruskan kelab tarian bogel haram di garaj dan juga bilik bawah tanahnya.
Polis turut mendakwa arak dijual kepada remaja bawah umur ketika menyiasat aduan bunyi bising yang datang dari rumah wanita itu. Seorang remaja turut ditahan kerana menghisap ganja.
Bagaimanapun, seorang wanita yang menetap bersama suspek mendakwa ia adalah satu salah faham.
Menurutnya, rakan-rakan mengadakan majlis untuk meraikan hari jadi suspek dan juga rumah yang baru selesai diubah suai.
“Tiada penari bogel atau remaja minum arak,” katanya. – Agensi
-hmetro