BOSTON: Sekumpulan juri mengarahkan seorang pelajar lulusan Universiti Boston yang memuat turun secara haram dan berkongsi muzik melalui online, membayar sejumlah AS$675,000 (RM2.3 juta) kepada empat syarikat rakaman.
Joel Tenembaum, dari Providence, Rhode Island, mengaku di mahkamah dia memuat turun dan mengedarkan 30 lagu terbabit.
Mengikut undang-undang persekutuan, syarikat rakaman berhak mendapat AS$750 (RM2,625) hingga AS$30,000 (RM105,000) bagi setiap pelanggaran hak. Bagaimanapun undang-undang membenarkan sehingga AS$150,000 (RM525,000) bagi setiap lagu jika juri mendapati bahawa pelanggaran hak itu dengan sengaja. Maksimum yang boleh diberikan juri dalam kes Tenenbaum adalah sebanyak AS$4.5 juta (RM15.75 juta).
Juri mengarahkan Tenenbaum membayar AS$22,500 (RM78,750) bagi setiap kejadian pencabulan hak cipta terbabit. – AP