‘Betul, nama saya NASIONALISME

ne 12.1 Betul, nama saya NASIONALISME

NASIONALISME IDRIS SHAH menunjukkan MyKad sebagai bukti keunikan namanya di Melaka semalam.


MELAKA – Namanya agak pelik sehingga ramai yang tidak percaya dan meminta beliau menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.

Namun bagi Nasionalisme Idris Shah Abdul Rahman, 23, nama itu tidak menyusahkannya malah menyuntik rasa bangga.

Nama itu diberi oleh ibu bapanya, Abdul Rahman Ahmad, 66, dan Patimah Othman, 58, setelah beliau dilahirkan pada 31 Ogos 1985 iaitu hari yang sama kemerdekaan ke-28 negara.

Nasionalisme yang bermaksud perasaan mencintai negara dan bangsa sendiri diambil dari tema sambutan kemerdekaan pada masa itu, Nasionalisme Teras Perpaduan.

“Setiap kali saya sebut nama, ramai pelik dan tidak percaya sampai ada yang menganggap saya bergurau,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, ketika mengisi sesuatu borang, beliau kerap dipanggil semula untuk semakan semula.

“Kadang-kadang saya tidak kenal orang lain tetapi mereka kenal saya kerana nama ini,” kata pelajar Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang itu.

Menurutnya, nama itu juga memberi pengertian yang besar dan banyak mempengaruhi corak kehidupannya.

“Nama ini sendiri menyuntik semangat patriotik yang tinggi dengan memberi peringatan kepada saya supaya sentiasa menjadi contoh kepada masyarakat,” katanya.

-kosmo




This entry was posted in Berita Tergempar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to ‘Betul, nama saya NASIONALISME

  1. safar says:

    baguslah tu.kalau di amerika ada nama american angeles.

  2. iela says:

    ni kekasih hati saya..syg im proud to be ur girlfen..i love u so much..

  3. CRPJ says:

    Tidak silap saya kelahiran saudara Nasionalisme pernah dipaparkan dalam akhbar Utusan Malaysia sehari selepas Hari Kemerdekaan tahun 1985 itu…ia bersempena tema Hari Kebangsaan tahun 1985 iaitu "NASIONALISME TERAS PERPADUAN"…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge