Trend berbasikal elektrik

du 08.1 Trend berbasikal elektrik

SEORANG jurujual menunjukkan sebuah basikal elektrik pada seorang wanita di kedainya di Paris.


KENAIKAN harga minyak dan kesedaran berhubung isu alam sekitar mengakibatkan basikal berkuasa elektrik kini menjadi ‘kegilaan’ terbaru di Eropah.

Basikal elektrik mempunyai motor yang senyap dan mudah untuk dikendalikan di setiap lorong serta jalan raya yang sibuk di bandar-bandar besar di Eropah.

Basikal itu juga lebih pantas dan ia tidak memenatkan pengguna serta mudah untuk mendaki bukit yang curam.

Harga basikal itu kini lebih murah kerana ia diimport dari China dan tidak menggunakan minyak sekali gus membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Seorang pemilik kedai basikal di Paris, Perancis, Olivier Birault berkata, basikal itu kini banyak menyusuri jalan-jalan raya di beberapa bandar raya Eropah yang lain.

“Basikal elektrik kini menjadi satu bentuk pengangkutan yang baru,” katanya.

“Selepas perang, budaya mengayuh basikal di Perancis telah hilang dan dianggap sebagai ketinggalan zaman atau untuk orang miskin.

“Bagaimanapun, basikal kini kembali semula dan dengan lonjakan harga minyak baru-baru ini, jualannya juga meningkat,” jelasnya.

“Basikal itu merupakan permulaan kepada satu revolusi elektrik.

“Pengguna kini sedang menanti kereta elektrik pula,” katanya.

Menurut data, lebih 10,000 buah basikal elektrik dijual di Perancis pada tahun lalu, meningkat sebanyak 6,000 unit berbanding tahun sebelumnya dan trend itu juga mula melanda negara Eropah yang lain.

Jualan basikal yang berkuasa elektrik di Jerman pada tahun ini dijangka meningkat dua kali ganda berbanding jualan pada tahun lalu yang mencecah 60,000 unit.

du 08.2 Trend berbasikal elektrik

LELAKI ini menggunakan basikal elektrik di New York.


Di Belanda, jualan meningkat dari 45,000 pada 2006 kepada 89,000 basikal pada tahun lalu dan pada tahun ini dijangka meningkat kepada 121,000.

Namun, hanya 10,000 basikal elektrik dijual di Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu, meningkat sebanyak 6,000 unit berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, pakar-pakar berpendapat, dengan lonjakan harga minyak pada tahun ini, jualan basikal elektrik mungkin mencecah 100,000 unit.

Seorang penyelidik, Jay Townley berkata, tidak ramai rakyat AS merancang untuk berbasikal ke tempat kerja kerana kurangnya laluan untuk kenderaan itu.

Bagaimanapun, di beberapa bandar yang dianggap sebagai rakan basikal seperti Washington, D.C., basikal beroda dua itu semakin popular.

Penduduk di Eropah yang semakin tertekan akibat kenaikan harga minyak dan kesesakan lalu lintas kini mula mencari alternatif bagi kereta untuk perjalanan yang pendek.

Basikal elektrik yang hampir tidak mengeluarkan kos untuk bergerak kini menjadi persaingan sengit untuk kenderaan bermotor yang lain seperti skuter atau motosikal.

Basikal elektrik juga memberikan kebebasan kepada pengguna kerana mereka tidak diwajibkan memakai topi keledar, nombor pendaftaran atau memiliki lesen memandu.

Dengan teknologi baru, bateri yang digunakan pada basikal elektrik juga lebih ringan dan mampu bergerak sejauh 40 kilometer hingga 80 kilometer berbanding rekaan lama beberapa tahun lalu.

Basikal elektrik mempunyai pelbagai model dan harga basikal elektrik yang paling mahal boleh mencecah sehingga AS$4,600 (RM15,337).

Model terbaru basikal elektrik juga mampu bergerak sejauh 100 kilometer tanpa perlu mengecas semula bateri dan sesetengah model pula hanya seberat 20 kilogram.

Kos yang diperlukan untuk menggerakkan basikal elektrik biasa hanya menelan belanja sebanyak AS$1.56 (RM5.20) untuk setiap 1,000 kilometer.

du 08.3 Trend berbasikal elektrik

SEORANG pemberita Associated Press mengayuh basikal elektrik di sebatang jalan raya di Paris.


Seorang guru di Paris, Jean-Paul Massot berkata, dia sanggup membelanjakan sebanyak AS$2,300 (RM7,668.) bagi membeli basikal elektrik untuk ke tempat kerjanya sejauh lapan kilometer.

“Bagaimanapun, dengan menggunakan basikal saya tidak perlu membeli petrol.

“Skuter pula mencemarkan alam sekitar dan mengeluarkan bunyi bising,” katanya. – AP





This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge