LONDON – Seorang anggota polis wanita di Britain digantung tugas selepas rakan-rakan sekerja mendapati dia turut bekerja sebagai seorang pelacur, lapor sebuah akhbar semalam.
Polis wanita berusia 28 tahun itu menggunakan nama samaran Kelly dan menawarkan perkhidmatan teman sosial dengan bayaran £100 sejam (RM624) dalam satu laman web.
Dia ialah antara lapan wanita dan enam lelaki yang ditahan pihak berkuasa berhubung siasatan mengenai pelacuran dan rasuah melibatkan polis di Manchester, Northumberland, Cleveland, Co Durham dan kawasan sempadan Scotland.
Polis wanita itu adalah salah seorang anggota kumpulan pelacur yang menggelarkan diri mereka Notorious Girls dalam sebuah laman web yang diuruskan oleh seorang lelaki, Neil Lock dan isterinya, Natalie.
Satu sumber berkata: “Ia sesuatu yang memeranjatkan apabila seorang anggota polis terlibat dalam kegiatan ini. Dia mesti mengetahui yang dia sedang memperjudikan kariernya.”
Pemilik laman web itu, Lock dan isterinya yang masing-masing berusia 27 tahun, tinggal di sebuah vila di Galashiels, Selkirkshire bersama-sama dua anak mereka. – Agensi
Malaysia ada polis camni kan best
hmmm…. bahaya tu…sure cemar imej polis secara tak langsung…
Benda dah banyak kali berlaku.
kalau berlaku ianya suatu kes yang serius..