Temu janji pantas

ru 03.1 Temu janji pantas

TEMU janji pantas menerusi internet hanya menetapkan masa perbualan 90 saat sahaja.


FRANCESCA Salcido berjaya melakukan 300 temu janji dalam tempoh 24 jam tanpa sebarang masalah. Mungkin ia kedengaran pelik tapi itulah hakikat sebenarnya.

Namun, jangan terperanjat kerana perkara itu hanya berlaku di depan skrin kaca komputer apabila Salcido melayari laman web SpeedDate.com, sebuah laman yang dibina khas untuk mencari pasangan hidup dalam masa tidak lebih daripada 90 saat.

“Kami mungkin menggunakan kamera web dan teknologi internet, tetapi anda masih cuba mencari keserasian atau persamaan. Namun, jika apa yang dicari tiada di sana, anda boleh terus beralih ke individu seterusnya,” kata pengasas bersama SpeedDate, Dan Abelon kepada AFP.

Laman web itu dan pesaingnya mengadaptasikan teknologi terbaru internet kepada temu janji pantas, satu fenomena yang telah bermula sejak sedekad lalu. Ia membolehkan lelaki dan wanita bebas untuk berbual dan saling mengenali antara satu sama lain. Malah, apa yang menarik ialah masa yang ditetapkan untuk sesuatu janji temu.

“Jika seseorang itu memutuskan mereka tidak menyukai wanita atau lelaki berkenaan, mereka biasanya tahu dalam masa 30 saat,” kata Ketua Eksekutif Woome.com, Stephen Stokols yang merupakan pesaing SpeedDate.

“Jika anda bertemu seseorang yang disukai, tiga minit tidak akan mencukupi sebaliknya apabila anda tidak menyukainya, 30 saat pula sudah dianggap terlalu lama.”

Kiraan masa automatik di SpeedDate dan WooMe akan menghentikan perbualan video online selepas tempoh 90 saat atau tiga minit. Bagi mereka yang mula mempunyai perasaan sewaktu pertukaran itu, mereka boleh membuat sambungan semula dengan individu tersebut.

Formula temu janji pantas berbeza daripada format kebanyakan laman web mencari jodoh atau teman hidup lain. Ia memerlukan pengguna untuk memaklumkan kehidupan mereka secara terperinci dan berminat terhadap profil rumit atau memanjangkan persoalan.

Pencari cinta dalam laman web tersebut dipadankan berdasarkan profil mereka dan kemudian berbual menerusi emel sebelum membuat keputusan untuk bertemu secara bersemuka.

“Kami lebih kelihatan seperti mengadakan temu janji dalam kehidupan sebenar. Jika anda lihat seseorang yang anda suka dalam kehidupan sebenar, anda tidak akan pergi kepada mereka dengan resume anda dan bandingkannya. Tetapi, anda hanya perlu berjalan ke arah individu tersebut,” kata Abelon.

Selain daripada duduk bertemu di kedai kopi atau bar, laman web temu janji pantas membolehkan mana-mana pasangan menggunakan kamera web dan mikrofon.

“Saya mahu menjadi sedikit tidak masuk akal dan meletakkan diri saya di luar sana. Kata ibu saya, lebih banyak tempat saya letakkan profil atau resume tentang diri saya, maka lebih banyak peluang untuk mendapatkan kerja. Begitu juga dengan temu janji sebegini,” ujar Salcido lagi.

Apabila SpeedDate memulakan operasinya setahun lalu, ia telah menghasilkan 1,000 temu janji dalam tempoh satu malam.

Kini, ia telah menguruskan lebih daripada 100,000 hingga 120,000 pertemuan virtual atau temu janji alam maya setiap hari, dengan kebanyakan pengguna terdiri daripada mereka yang mempunyai laman web sosial seperti MySpace dan Facebook.

Pengguna SpeedDate juga terdiri daripada hampir 200 negara di seluruh dunia. Sementara itu, WooMe.com melaporkan bahawa 1,000 hingga 4,000 pengguna berdaftar telah membuka akaun mereka dalam laman web tersebut pada setiap jam.

Stokols berkata bahawa sementara pengguna SpeedDate.com cuba mencari pasangan hidup, kebanyakan pengguna WooMe.com pula telah mempelajari mengenai cinta sejati mungkin akan hilang, tetapi kawan sejati kekal selamanya.

“Lapan hingga sepuluh peratus pengguna kami telah melalui temu janji sebenar. Kami lebih kepada pertemuan dengan rakan-rakan baru,” jelas Stokols.

“Apa yang menarik minat saya ialah platform unik kami kerana kami hadir dengan cara baru untuk orang memanjangkan rangkaian sosial mereka.” – AFP

-kosmo




This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Temu janji pantas

  1. Pingback: Temu janji pantas | Himpunan Kisah Sensasi | Temu Janji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge