
KUALA LUMPUR – “Sila bagi nombor akaun dulu, lepas tu kalau cik nak datang ke ofis saya untuk tuntut ‘duit bertuah’ itu, datanglah…yang penting beri nombor akaun cik sekarang.”
Itulah kata seorang ahli sindiket ‘Undian Bertuah Cek RM15,000 – Power Root’ yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemilik talian Maxis secara rawak untuk menipu orang ramai.
SMS itu berbunyi: “Tahniah! Anda telah memenangi Undian Bertuah Cek RM15,000 daripada Power Root Sdn. Bhd. Sila hubungi +628161676358. Terima kasih”.
Wartawan Kosmo! yang menyamar sebagai pemenang telah menghubungi talian +628161676358 itu dan disambut oleh seorang yang bercakap dalam loghat Indonesia dan memperkenalkan dirinya sebagai Lukman Sahidi.
Dia terus bertanya nombor telefon wartawan Kosmo! dan dengan yakin mengesahkan ia nombor paling bertuah tanpa menyedari SMS itu sebenarnya diterima menerusi telefon bimbit lain beberapa hari lalu sebelum panggilan dibuat semalam.
Semasa berbual, dia memperincikan satu persatu mengenai pertandingan yang dianjurkan pihaknya yang kononnya ia dilakukan dengan kerjasama Hotlink Malaysia selain mendakwa sebuah bank dilantik sebagai badan yang menguruskan soal kewangan.
Lukman dengan yakin memaklumkan pejabatnya terletak di Tower 1, Jalan Ampang beroperasi 24 jam sedangkan pada hakikatnya pejabat sebenar Power Root terletak di Taman Perindustrian Tago dekat sini.
p/S : Kita sebagai manusia yang sentiasa berusaha untuk menjana pendapatan JANGAN TERPEDAYA…..
Saya adalah salah seorang mangsa penipuan "Lukman Sahidi" tersebut di atas. Pagi ini saya terima sms dari nombor 012-8440983 yg menyatakan no Hotlink saya telah berjaya mendapatkan hadiah utama wang tunai RM 10,000 dari Power Root SDN BHD dan saya di kendaki menghubungi no 012-8421333. Dalam masa yg sama saya berasa gembira kerana telah memikirkan saya benar-benar telah memenangi hadiah wang tunai tersebut kerana saya juga juga mempunyai masalah kewangan. Setelah menghubungi no yg berkenaan orang yg tidak mengenalkan diri & identitinya itu memberitahu saya agar memberikan no akaun bank saya & menginginkan saya untuk datang ke cawangan Power Root di KLCC. Lelaki itu berloghat seperti Sabahan atau Sarawak saya dapat mengecam loghat itu kerana saya juga org Sabahan.
Saya hampir memberikan no akaun Maybank saya tetapi saya merasa ragu-ragu dan akhirnya lelaki tersebut membuat keputusan untuk memberhentikan panggilan saya secara tergese-gesa.
Kepada semua, jangan terpedaya dengan helah pihak-pihak yg bertujuan mengambil kesempatan terhadap kita kerana orang-orang yg sedemikian tidak pernah ada rasa simpati atau belas kasihan demi untuk mencapai matlamat penipuan mereka dan mengambil keuntungan hasil dari penipuan yg mereka lakukan.
saya amat bersetuju dengan pendapat saudara…. TERIMA KASIH di atas pengkongsian saudara….. marilah kita saling ingat mengingati……
Yang pelik dia. Pihak Commercial Crime tidok. Bila dapat report macam ni. Repot tinggal diary harian dalam buku laporan. Pemerintaah tah kasi gaji naik…hasil dari duit rakyat, semakin kena dodoi semakin nenyak tidok.
waa….. marah je bunyinye ….
Yang menipu dlm sms Power Root ni warga asing no tel tu pun no tel talian Indonesia……….. mereka sangat berbahaya dan menggunakan ilmu pukau. Ini melalui pengalaman kawan saya. All seems not make senses but most of them will fall into their trap. Mereka ni tak takut langsung kerana percaya yang pihak polis Malaysia tak akan tangkap mereka………….maklumlah penjenayah antarabangsa. Saya pun dah 3 kali terima sms ni dan sms terkini saya terima semalam dan saya pun nak tengok how far he can go. Just imagine he wants to repor me to police.Bayangkan dah berapa banyak aduan dibuat dan berapa banyak warga Malaysia yang kena tipu / diperbodohkan tetapi mereka masih berleluasa . We cannot let this thing happen anymore.
boleh terangkan tak macamana diorang buat ilmu pukau tue…..
saya pun penah kena penipuan yang dikatakan power root ni. sebelum ni saya dihantar sms no bertuah dari pihak petronas..bila nak telefon, rupanya orang indon yang bercakap. napela jahat sangat orang indon ni. dahle menumpang keje kat malaysia, boleh lagi nak buat macam2 jenayah.
sekarang nie orang buat macam2 cara untuk dapat duit….