Menang setelah 18 minit ‘tabah’ di sauna

du 07.1 Menang setelah 18 minit tabah di sauna

PARA peserta Kejohanan Sauna Dunia bertahan di dalam bilik sauna Heinola, Finland kelmarin.


HEINOLA – Kira-kira 160 lelaki dan wanita dari 23 negara menyertai Kejohanan Sauna tahunan kali ke-10 di Finland di mana pemenang kategori wanitanya, Leila Kulin menggambarkan ia sebagai ‘ketabahan.’

“Ia tidak lagi menyeronokkan selepas dua atau tiga minit,” kata pengelola Kejohanan Sauna Dunia Ossi Arvel.

Bjarne Hermansson dari Finland menamatkan pertandingan dan bertahan dalam panas selama 18.15 minit.

“Saya mengadakan latihan yang banyak bersama saudara lelaki saya bagi meraih kemenangan ini,” katanya.

Sementara itu, Kulin menggondol gelaran wanita dengan catatan masa 5.22 minit dalam sauna tersebut.

Pertandingan tersebut diadakan di Heinola iaitu 130 kilometer di utara Helsinki di mana sauna dipanaskan pada suhu 110 darjah celcius dan separuh liter air direndam di dalam batu setiap 30 saat.

“Beberapa peraturan utama tidak diubah sejak ia diperkenalkan 10 tahun lalu, kami mempunyai enam lelaki atau wanita duduk di dalam sauna dan pemenang adalah peserta terakhir yang meninggalkan sauna,” kata Arvela. – Reuters

-arkib kosmo

This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge