Vanessa Hudgens ketagih!

hi 04.1 Vanessa Hudgens ketagih!

VANESSA HUDGENS



VANESSA Hudgens kini dilaporkan sedang ketagihan. Bukan dadah atau ganja, tetapi dia ketagih berbalas mesej menerusi telefon bimbit.

Dia yang sedang bercinta dengan pelakon Zac Efron mengakui tidak boleh berhenti berbalas SMS dengan rakannya termasuklah bintang Hannah Montana, Miley Cyrus.

“Saya banyak berbalas mesej dengan Miley Cyrus dan dia telah menghabiskan masa semalaman di rumah saya baru-baru ini. Saya SMS semua orang yang ada di muka bumi ini,” katanya.

Vanessa juga menegaskan dia akan mengikut kata hati apabila tiba kepada keadaan perlu membuat keputusan dalam sesebuah hubungan.

“Melalui pengalaman buruk akan menunjukkan siapa kawan kita yang sebenarnya. Apabila anda terperangkap untuk membuat keputusan, lebih baik ikut kata hati kerana ia akan memberi lebih kepuasan,” ujarnya.

-kosmo

This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge