
BERLIN – Kembar tidak seiras selalunya berbeza pada struktur fizikal tubuh, terutamanya rupa. Namun pasangan dari Jerman ini melahirkan kembar tidak seiras yang berlainan warna kulit dan matanya.
Kembar berlainan warna kulit itu, Ryan dan Leo, merupakan hasil perkahwinan campur. Ibunya, Florance Addo-Gerth, berasal dari Ghana, Afrika Barat, dan bapanya, Stephan Gerth, datang dari Postdam, Jerman.
“Ryan lahir dahulu namun kedua-duanya normal,” kata Dr. Birgit Weber. Mereka dilahirkan 11 Julai lalu dengan Ryan, berkulit cerah dan mata biru manakala adiknya, Leo, berkulit gelap dan bermata coklat.
“Tetapi apabila Leo dilahirkan, saya tidak percaya dengan apa saya lihat. Walhal kedua-dua bayi ini datang daripada bapa yang sama, tiada seorang pun mempercayainya pada mulanya,” tambahnya.
Kejadian seperti ini direkodkan satu dalam sejuta, kata Weber. Namun ia boleh berlaku kepada kembar tidak seiras berikutan campuran genetik latar belakang.
Peter Propping, bekas pengarah Institut Genetik Manusia di Universiti Bonn, berkata, ibu kembar itu mungkin pernah mempunyai nenek moyang daripada kulit putih atau bapanya pernah ada keturunan berkulit hitam.

Sekurang-kurangnya tiga pasangan sebelum ini yang berkahwin campur menyambut kembar mereka yang masing-masing seorang berkulit putih dan seorang lagi berkulit gelap.
Pada 2005, pasangan dari Britain, Kylie Hodgson dan Remi Horder, yang kedua-dua berdarah campuran, melahirkan kembar perempuan. Seorang berambut perang dan berkulit putih, manakala seorang lagi kulit gelap.
Pada 2006, Kerry Richardson, berdarah kacukan Nigeria dan Inggeris, dan pasangannya, berkulit putih, melahirkan kembar kulit cerah. Namun setelah berusia setahun, kulit seorang kembar itu makin gelap. – Agensi
-arkib kosmo
SubhanAllah, semuanye tu kuasa Allah….
wow . .
aq ngn kembar aq p0n wrne kulit mmg r beza tp xde r brbeza sgt . .
kmbar aq juz gelap2 sket . .
hehe ^^