Pelajar cipta alat kurangkan sakit bersalin

SINGAPURA: Rasa sakit sewaktu bersalin dan kesan sampingannya dapat dikurangkan dengan lebih berkesan menerusi sistem penyaluran ubat penahan sakit yang dihasilkan sekumpulan empat pelajar Politeknik Nanyang (NYP).

Sistem berlandaskan Windows CE itu dihasilkan dengan kerjasama Ketua Penyelidik Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), Profesor Alex Seah.

Dengan menggunakan sistem itu, bil pesakit dapat dikurangkan daripada S$3,000 (RM7,328) kepada sekitar S$1,300 (RM3,175.27).

Melihat keberkesanan projek kumpulan pelajar itu, NYP menyertai pertandingan Singapura Microsoft Imagine Cup 2009.

Berkat kegigihan selama enam bulan, kumpulan diberi nama Infusion itu muncul juara bagi kategori Pembangunan Embedded (Embedded Development) baru-baru ini.

Seorang anggota Infusion, Mohamad Hanafi Awang, 21 tahun, yang mengikuti kursus Diploma Elektronik, Komputer dan Kejuruteraan Komunikasi, berkata menerusi sistem berkenaan, pesakit hanya perlu menekan butang untuk menyalurkan ubat penahan sakit ke dalam tubuh apabila terasa sakit.

Sukatan ubat yang digunakan itu pula akan disesuaikan oleh doktor mengikut keperluan si ibu yang akan melahirkan.

Hanafi berkata, sistem itu turut merangkumi langkah keselamatan. Antaranya ialah selepas setiap sukatan ubat disalurkan, saluran itu tidak akan diaktifkan selama 10 minit sebelum sukatan seterusnya disalurkan lagi.

Ia dilengkapi juga dengan alat amaran supaya si ibu dapat meminta bantuan.

“Dengan menggunakan alat ini, kami mahu mempertingkatkan lagi tahap keselamatan dan kepuasan pesakit,” katanya.

Seorang lagi anggota Infusion, Mohamed Marjuk Ali, 21 tahun, yang juga mengikuti kursus yang sama, berkata sistem tersebut diperlukan terutama pesakit dari negara Dunia Ketiga.

Berkat kejayaan mereka, Infusion diberi penghargaan mewakili Singapura dalam pusingan akhir pertandingan antarabangsa Microsoft Imagine Cup di Kaherah daripada 3 Julai hingga kelmarin. -Agensi

-bharian





This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge